Page 186 - SMKDHHY BUKU PANDUAN 2017
P. 186
BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMKDHHY 2017
Lain-lain tugas yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh Pengetua.
6. SPI. BIL. 3/1987: PENYELIAAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN DI DALAM KELAS OLEH
PENGETUA / GURU BESAR.
Menjadi perkara yang diutamakan dalam senarai tugas dan tanggungjawab dengan tujuan untuk
mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
7. SPI BIL. 5/1999: LARANGAN TERHADAP PENGLIBATAN PPP, GURU, MURID DAN STAF
SOKONGAN DALAM KEGIATAN POLITIK ANTI-KERAJAAN.
Terakluk kpd syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan kakitangan kerajaan adalah dituntut
supaya sentiasa mematuhi arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh kerajaan yang memerintah (the
goverment of the day).
8. SPI BIL. 16/2000: SALAH LAKU MEMASUKKAN UNSUR POLITIK DALAM SOALAN
PEPERIKSAAN/UJIAN DI SEKOLAH DAN PERBUATAN MENGHASUT /MERACUNI FIKIRAN PELAJAR
MEMBENCI KERAJAAN.
Tindakan tatatertib bukan sahaja diambil terhadap guru-guru terlibat, malah juga terhadap
pengetua/guru besar sekolah berkenaan.
9. SPI BIL. 3/1985: SIARAN MAKLUMAT UNTUK MEDIA MASSA.
Pengetua/Guru Besar dan guru-guru tidak boleh membuat sebarang kenyataan/penjelasan atau ulasan
melalui akhbar atau memberi maklumat untuk media massa mengenai perkara-perkara yang
menyentuh soal-soal dasar, peraturan pentadbiran, pelaksanaan dan rancangan masa hadapan yang
belum diputuskan.
10. SPI. BIL. 5/2002: LAWATAN SEKOLAH PADA HARI PERSEKOLAHAN.
Mesti tidak melebihi 2 kali dalam setahun.
Mestilah tidak melebihi 4 hari berturut-turut termasuk hari perjalanan.
11. SPI BIL. 6/1985: PERATURAN PAKAIAN GURU DI SEKOLAH, MAKTAB PERGURUAN, POLITEKNIK,
LAIN-LAIN PEGAWAI DAN KAKITANGAN PERKHIDMATAN PELAJARAN DI PPD ATAU BAHAGIAN,
JPNJ DAN KPM.
Berikut adalah perturan pakaian yang ditetapkan:-
a) Guru-Guru Lelaki.
(i) Seluar panjang dan berbaju kemeja (digalakkan bertali leher) atau ’bush-jacket’ atau ’lounge
suit’. Jika baju berlengan panjang, tangan baju itu hendaklah jangan dilipatkan. Baju
hendaklah dimasukkan ke dalam.
(ii) Kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya.
(iii) Pakaian baju melayu lenglap dengan samping, atau pakaian baju yang mirip dalam potongan
baju melayu dan dipakai dengan seluar panjang.
(iv) Pakaian Baju melayu dengan kain sarong,’ jeans’, ’track suit’, seluar pendek, kemeja
T/sukan, jersi, kasut sukan, baju Hawaii, baju batek, selipar, kasut getah dan lain-lain jenis
pakaian yang menjolok mata, tidak boleh dipakai.
b) Guru-Guru Perempuan.
(i) Pakaian kebangsaan atau pakaian kaum masing-masing dan lain-lain jenis pakaian yang
sesuai dan tidak menjolok mata.
(ii) Kasut kulit, cerpu atau yang sejenis dengannya yang mempunyai bentuk yang sesuai dengan
pakaian yang ditetapkan.
(iii) Kasut sukan, ’jeans’, ’slacks’, ’track suit’, kemeja T/sukan, jersi, seluar pendek dan apa-apa
pakaian yang menutup muka serta lain-lain dari pakaian dari jenis kain jarang dan menjolok
mata, tidak boleh dipakai.
131

