Page 185 - SMKDHHY BUKU PANDUAN 2017
P. 185

BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMKDHHY 2017

                   SURAT PEKELILING IKHTISAS (SPI) PILIHAN KEMENTERIAN  PELAJARAN
                                                       MALAYSIA

               1.  SPI BIL. 3/1999 : PENYEDIAAN REKOD PENGAJARAN DAN  PEMBELAJARAN.
                     Hendaklah mengandungi hanya 2 unsur sahaja, iaitu:
                   i)  Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) - mengandungi secara ringkas  isi pelajaran  &  pembelajaran
                          berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan KPM.
                   ii)  Rancangan  Pelajaran  Harian  (RPH)  -  merupakan  terjemahan  RPT  yang  mengandungi  sekurang-
                          kurangnya  maklumat  seperti  tajuk,  objektif,  cara  bagaimana  hendak  mencapai  objektif  dan
                          kenyataan sejauhmana objektif tercapai. Digalakkan pernyataan refleksi.
                     Boleh disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi  semasa
                     Rekod  P&P  dan  bahan-bahan  yang  berkaitan  dengan  penyediaan  RPT  dan  RPH  hendaklah  diurus
                      dengan  baik  dan  dapat  dikemukakan  dengan  serta  merta  apabila  dikehendaki  oleh  pihak  yang
                      berkepentingan.

               2.  SPI BIL.4/2009: PERUBAHAN SISTEM PENGGREDAN SPM MULAI TAHUN 2009.
                     Perubahan ini melibatkan penambahan Gred A+ yang lebih tinggi daripada gred tertinggi sedia ada 1A.
                       Gred-gred lain diubah seperti jadual di bawah:
                                            Gred Sedia Ada        Gred Baru (mulai 2010)
                                                  -                     A+  (18)
                                                 1 A                    A    (16)
                                                 2 A                    A-   (14)
                                                 3 B                    B+  (12)
                                                 4 B                    B    (10)
                                                 5 C                    C+  ( 8 )
                                                 6 C                    C    ( 6 )
                                                 7 D                    D    ( 4)
                                                 8 E                    E    ( 2 )
                                                 9 G                    G    ( 0 )


               3.  SPI  BIL.3/2009:  PELAKSANAAN  MENGHADKAN  JUMLAH  MAKSIMUM  SEPULUH  (10)  M/P
                   PEPERIKSAAN SPM.
                     6 m/p  teras iaitu BM, BI, Math, Sains, Sejarah dan PI/PM adalah wajib dipelajari dan dijadikan m/p
                       peperiksaan SPM.
                     M/p BM, Bi, math dan Sejarah wajib diambil oleh semua calon tanpa boleh diganti dengan m/p lain.

               4.  SPI BIL. 2/1981: KETETAPAN MASA DI SEKOLAH-SEKOLAH.
                     Semua guru  diingatkan  dari  masa  ke  semasa tentang  tanggung  jawab mereka  untuk  mengamalkan
                       ketepatan masa sepanjang waktu bertugas di sekolah, semasa  datang atau  balik dari sekolah, ketika
                       memasuki bilik darjah untuk mengajar, atau ketika menjalankan kegiatan kokurikulum.
                     Ketepatan  masa  juga  bermakna  seorang  guru  itu  hendaklah  mengikut  jadual  pengajaran  dan  tidak
                       boleh meninggalkan kelasnya atau kawasan sekolah sebelum tiba waktu untuk berbuat demikian.
                     Guru-guru  khasnya  hendaklah  memberikan  contoh  teladan  yang  baik  bagi  menggalakkan  tabiat
                       ketepatan masa di kalangan murid-murid.

               5.  SPI  BIL. 3/1981: PENGGUNAAN WAKTU TIDAK MENGAJAR / WAKTU  LUANG FREE PERIOD) OLEH
                   GURU-GURU.
                     (Free Period) adalah waktu bekerja.
                     Menggantikan guru tidak hadir mengajar (relif class)
                     Membuat  persediaan-persediaan  untuk  mengajar  seperti  membaca  buku  tambahan,  membuat  nota
                       mengajar, menyediakan BBM dan sebagainya.
                     Memeriksa buku latihan / nota murid-murid.
                     Mengadakan pertemuan khas dengan murid bermasalah pelajaran yang diajar.
                     Penyediaan aktiviti –aktiviti  kokurikulum.

                                                             130
   180   181   182   183   184   185   186   187   188   189   190