Page 3 - SMKDHHY BUKU PANDUAN 2017
P. 3
BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMKDHHY 2017
SURAT AKU JANJI GURU
Saya, ....................................................................................., Kad Pengenalan No. ................................................
beralamat di................................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................................................
dengan sesungguhnya berjanji bahawa saya akan mematuhi peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993, Perintah-Perintah Am, pekeliling dan surat pekeliling serta apa-apa peraturan dan arahan lain
yang dikeluarkan dan dikuatkuasakan oleh kerajaan dari semasa ke semasa sepanjang tempoh perkhidmatan
saya dengan kerajaan. Maka dengan itu saya berjanji, sebagaimana yang dikehendaki di bawah peraturan 4
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 bahawa saya :
i. Akan sentiasa taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan
Contoh pelanggaran;
1. Bersubahat dengan musuh negara
2. Membocorkan rahsia kerajaan
3. Memburuk serta memperkecil dasar kerajaan
4. Berlakon dalam filem yang memburukkan negara
ii. Akan sentiasa melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh-sungguh, cekap, jujur, amanah dan
bertanggungjawab
Contoh pelanggaran;
1. Kurang cekap atau kurang berusaha
a. Gagal menguruskan penyata bank dan buku tunai dengan teratur
b. Membuat bayaran tanpa disertakan dengan baucar, bil, resit dan invois
c. Tidak berkebolehan dan terpaksa diarah sepanjang masa
2. Tidak jujur dan amanah
a. Tidak melaporkan harta yang dimiliki olehnya atau ahli keluarga
b. Membuat tuntutan palsu
c. Tidak melaporkan hutang-piutang
3. Tidak bertanggung jawab
a. Menghasut pegawai lain supaya tidak bertugas dengan bersungguh-sungguh
b. Bercuti semasa perkhidmatannya amat diperlukan
c. Tidak melaporkan kesalahan pegawai bawahannya
iii. Tidak membelakangkan tugas awam demi kepentingan peribadi
Contoh pelanggaran;
1. Menguruskan perniagaan atau pelaburan sendiri atau ahli keluarga dalam waktu pejabat
2. Mengutamakan saudara-mara, rakan-rakan atau orang yang rapat dengannya semasa menimbang
sesuatu permohonan
3. Menguruskan tender/sebut harga sedangkan pegawai maklum balas antara mereka yang
mengemukakan tender/sebut harga terdiri daripada saudara-maranya
iv. Tidak akan berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadi bercanggah
dengan tugas awam
Contoh pelanggaran;
1. Tidak mengelakkan dirinya daripada bergaul terlalu rapat dengan mereka yang jelas akan mendapat
keuntungan daripada tugas rasminya
2. Tidak mengelak diri daripada menerima hadiah yang berharga daripada syarikat, ahli perniagaan atau
individu
3. Memproses, menimbang atau meluluskan sesuatu permohonan daripada ahli keluarganya
iii

