Page 4 - SMKDHHY BUKU PANDUAN 2017
P. 4
BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMKDHHY 2017
v. Tidak akan berkelakukan dengan cara yang boleh menimbulkan syak yang munasabah bahawa
pegawai telah membiarkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas rasmi sehingga
menjejaskan kegunaan sebagai pegawai awam
Contoh pelanggaran;
1. Tidak mengambil tindakan terhadap seseorang yang telah melanggar sesuatu peraturan dengan tujuan
mendapat ganjaran daripadanya
2. Berhutang dengan seorang lembaga pengarah yang syarikatnya ada memohon tanah untuk tapak
kilang di daerah yang berada di bawah pentadbiran pegawai atau isteri pegawai adalah seorang ahli
lembaga pengarah syarikat tersebut
vi. Tidak akan menggunakan kedudukan sebagai pegawai awam bagi faedah diri sendiri
Contoh pelanggaran;
1. Menggunakan kenderaan jabatan sebagai kemudahan peribadi untuk pergi dan balik pejabat,
menghantar anak ke sekolah dan sebagainya
2. Menggunakan pengaruh kedudukan untuk mengubah lot tanah yang telah diluluskan kepada isterinya
sedangkan pegawai tidak diberi kuasa berbuat demikian
vii. Tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh memburuk dan mencemarkan nama perkhidmatan
awam
Contoh pelanggaran;
1. Terlibat dengan penyalahgunaan dadah
2. Disabitkan atas kesalahan jenayah/mahkamah syariah
3. Berada dalam keterhutangan kewangan yang serius
4. Bersikap kurang sopan seperti memarahi dan memaki hamun ibu bapa yang berurusan dengan sekolah
viii. Tidak akan membawa sebarang pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan
tuntutan diri sendiri atau pegawai lain berhubung dengan perkhidmatan awam
Contoh pelanggaran;
1. Meminta orang kenamaan untuk menggunakan jasa baiknya mempengaruhi kenaikan pangkat atau
jawatan
2. Meminta bantuan ahli politik untuk menyokong permohonan bagi mendapatkan tanah kerajaan, rumah
atau jawatan
ix. Tidak ingkar perintah atau berkelakuan dengan cara yang boleh ditafsirkan sebagai ingkar perintah
Contoh pelanggaran;
1. Membantah atau melawan pegawai atasan
2. Membawa keluar dokumen atau fail jabatan tanpa kebenaran
3. Keluar negara atau urusan persendirian tanpa kelulusan
4. Mengambil bahagian aktif dalam politik kepartian tanpa kebenaran
iv

