Page 5 - SMKDHHY BUKU PANDUAN 2017
P. 5

BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMKDHHY 2017

               Tinta Bicara Pengetua







               Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk menyampaikan kata alu-
               aluan  dalam  buku  Panduan  Pengurusan  Sekolah   bagi tahun  2017.   Syabas  dan  tahniah  diucapkan kepada
               Jawatankuasa Penyediaan dokumen ini kerana telah dapat menyiapkan buku pengurusan tersebut dalam jangka
               waktu yang telah ditetapkan.

               KITA  warga  SMK  Dato  Hj  Hassan  Yunus  sebagai  pelaksana  yang    menggalas  visi  dan  misi  Kementerian
               Pendidikan  dalam  menjayakan  Falsafah  Pendidikan  Kebangsaan  bagi  merealisasikan  Pelan  Pembangunan
               Pendidikan  Malaysia  (PPPM)  2013  –  2025  dengan  ini  membentuk  pasukan  kerja  yang  diagihkan  tugas  dan
               tanggungjawab dalam Buku Panduan Pengurusan Sekolah bagi tahun 2017.

               Pasukan kerja yang kita bentuk ini adalah untuk memastikan KPI sekolah  yang telah ditetapkan bagi tahun 2017
               akan  selari    pencapaiannya  dengan  PPPM  yang  telah  berada  dalam  gelombang  kedua.    Seiringan  dengan
               Perancangan  Strategik  sekolah,    kita  akan  melaksanakan  ‘kerja  buat  kita’    dalam  satu  pasukan  kerja  yang
               berilmu, berdedikasi dan sedia berkhidmat dengan komitmen yang tinggi. Moga KPI yang telah ditetapkan itu
               sama-sama kita capai dengan keberhasilannya mewajahkan kejayaan dan  kemajuan dalam bidang pengurusan
               organisasi  dan  pentadbiran,  pengurusan  kurikulum  dan  akademik,  pengurusan  hal  ehwal  murid,  pengurusan
               kokurikulum dan pengurusan tingkatan 6.

               Akhir kata, besarlah harapan saya  semoga buku pengurusan ini akan menjadi panduan dan rujukan kita dalam
               menjayakan  takwim  persekolahan    bagi  tahun  2017.    Kepada  mereka  yang  telah  dilantik  sebagai
               setiausaha/penyelaras  bagi  bahagian,  bidang    dan  unit  tertentu,  diharapkan  sentiasa  berkomunikasi  dengan
               ketua masing-masing untuk memastikan tarikh-tarikh pelaksanaan mesyuarat, aktitiviti dan program akan dapat
               dilaksankan  mengikut  ketetapan    dan  mengikut  standard  Sistem  Kualiti  Pendidikan  Malaysia  (SKPM)  serta
               Sistem  Pengurusan  Sekolah  Kualiti  (SPSK).  Hal  ini  sinonim  dengan  usaha  Jabatan  Pelajaran  Johor
               melaksanakan Kepimpinan  Teragih (Distribution Leadership) dalam kepimpinan pendidikan peringkat negeri.

               Kerja sepakat membawa  berkat,  mufakat Johor kita jayakan.

               Sekian, terima kasih.


               RANCANGKAN KERJA KITA, KERJAKAN RANCANGAN KITA.



               ABDUL RAZAK BIN IBRAHIM
               Pengetua
               SMK Dato’ Haji  Hassan Yunus
               86300 Rengam, Johor










                                                            v
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10