Page 22 - Modul PRODUKSI REKA TANDA
P. 22
Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
Nota
Peranan agensi yang terlibat dalam bidang Produksi Reka Tanda
KEMENTERIAN KERJA PELANGGAN
RAYA MALAYSIA
(KKR)
AGENSI YANG
TERLIBAT PENGUSAHA
PERBADANAN HARTA DALAM SYARIKAT
INTELEK MALAYSIA PRODUKSI PENGIKLANAN
(MyIPO) REKA TANDA
PIHAK BERKUASA TEMPATAN PEMBEKAL
/ MAJLIS BANDARAYA / BAHAN INDUSTRI
MAJLIS PERBANDARAN /
MAJLIS DAERAH
Rajah 1 : Agensi yang terlibat dalam produksi reka tanda
Rajah 1.1.3 Peranan Agensi Yang terlibat Dalam Produksi Reka Tanda
(a) Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR)
Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) bertanggungjawab memastikan papan iklan yang
dibina mematuhi peraturan ditetapkan. Papan iklan yang dibina di Jalan Persekutuan
hendaklah mendapat kelulusan Kementerian Kerja Raya (KKR). Mengikut Seksyen 85A,
Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), kuasa bagi meluluskan permohonan untuk
mendirikan struktur paparan iklan di rizab Jalan Persekutuan dan Lebuhraya di seluruh
negara adalah di bawah bidang kuasa YB Menteri Kerja Raya. Bagi syarikat yang ingin
mendirikan struktur paparan iklan, permohonan hendaklah dikemukakan kepada
Kementerian Kerja Raya/Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Antara perkara yang perlu
diberi perhatian oleh pemohon ialah:
1. Kriteria Asas
2. Lokasi Paparan Iklan
3. Jenis Paparan Iklan
4. Bayaran KEMENTERIAN KERJA RAYA
5. Proses Permohonan
6. Lain-Lain Permohonan Berkaitan
7. Pemasangan dan Penyenggaraan
8. Tamat Tempoh Kelulusan
12

