Page 23 - Modul PRODUKSI REKA TANDA
P. 23

Modul Pembelajaran
                                                                                                                     KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4



               (b) Perbadanan Harta Intelek Malaysia (Myipo)

                   Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)
                   ialah sebuah perbadanan yang bertanggunjawab untuk
                   membangun dan mengurus sistem harta intelek di Malaysia.
                   Ia telah diperbadankan pada 3 Mac 2003 oleh Perdana Menteri Malaysia.
                   Tujuan  perbadanan  ini  ialah  mewujudkan  satu  badan  berkanun  yang  dikawal  selia  oleh
                   sebuah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
                   bagi  menguruskan  permohonan  pendaftaran  seterusnya  menyelia  beberapa  akta
                   perlindungan  bagi  semua  komponen  harta  intelek.  MyIPO  dianggotai  oleh  8  anggota
                   perbadanan yang berkuasa bagi membuat sebarang keputusan tertinggi dengan seorang
                   Ketua  Pengarah  yang  mempunyai  kuasa  eksekutif  dengan  bantuan  dua  Timbalan  Ketua
                   Pengarah operasi dan harta intelek oleh menteri.Tedapat lima fungsi utama MyIPO adalah
                   seperti berikut :

                   (i)  Paten
                      Paten adalah satu hak eksklusif yang dianugerahkan untuk suatu rekacipta, sama
                      ada ia adalah satu produk atau satu proses untuk melakukan sesuatu yang baru
                      atau penyelesaian teknikal ke atas sesuatu masalah. Perbaharuan utiliti adalah
                      hak eksklusif yang diberikan terhadap suatu rekacipta kecil yang tidak memerlukan
                      ujian langkah merekacipta sebagaimana yang diperlukan untuk mendapat paten.



                   (ii) Cap Dagangan
                      Cap Dagangan boleh membezakannya barangan atau perkhidmatan yang
                      dikeluarkan oleh pihak-pihak lain. Cap Dagangan boleh sebagai perkataan,
                      logo, gambar, nama, huruf, nombor atau kombinasi tersebut.



                      1.  Reka Bentuk Perindustrian

                          Reka  Bentuk  Perindustrian  ialah  ciri  bentuk,  tatarajah,  corak  atau  hiasan  yang
                          digunakan  pada  sesuatu  barang  melalui  apa-apa  proses  atau  cara  perindustrian,
                          iaitu  ciri  yang  ada  pada  barang  siap,  merupakan  ciri  yang menarik  dan  dinilaikan
                          dengan pandangan mata.


                      2.  Petunjuk Geografi

                          Petunjuk geografi adalah tanda yg digunakan ke atas sesuatu produk kerana
                          produk tersebut mempunyai kualiti dan reputasi yang boleh dikaitkan dengan
                          kawasan berkenaan.

                      3.  Hak Cipta

                          Hak cipta adalah perlindungan yang diberikan kepada penulis, pemilik hak cipta dan
                          pelaku tertakluk di bawah Akta Hak Cipta 1987.








                                                             13
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28