Page 24 - Modul PRODUKSI REKA TANDA
P. 24

Modul Pembelajaran
                                                                                                                     KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4



               (c) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)  Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis
                   Daerah
                     Pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah berperanan
                   memberi  kelulusan  untuk  kerja-kerja  pemasangan  papar  tanda  iklan.  Menurut  Undang-
                   undang  Kecil  Iklan  dan  Akta  Kerajaan  Tempatan  1976  tafsiran  iklan  adalah  apa-apa
                   pemberitahuan, poster, papar tanda, tanda tunjuk arah, pengumuman atau penerbitan yang
                   dipamerkan. Pembinaan dan pemasangan struktur papar iklan dan paparan iklan di dalam
                   kawasan  Pihak  Berkuasa  Tempatan  (PBT)  perlu  mendapat  kebenaran  tuan  tanah,
                   kelulusan Permit Struktur Papan Iklan dan Lesen Paparan Iklan serta perlu mengambil kira
                   aspek keselamatan awam.
                      Terdapat  Tiga  Jabatan/Agensi  Kerajaan  yang  terlibat  dalam  pengurusan  pembinaan
                   dan pemasangan struktur papar iklan serta paparan iklan iaitu Pejabat Tanah dan Jajahan
                   serta Pihak Berkuasa Tempatan. Setiap Jabatan/Agensi ini bertanggungjawab memastikan
                   papan iklan yang dibina mematuhi peraturan ditetapkan. Papar iklan yang dibina di Jalan
                   Persekutuan hendaklah mendapat kelulusan Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Pejabat
                   Tanah dan Jajahan. Manakala, papar iklan yang dibina di jalan negeri hendaklah mendapat
                   kebenaran  Pejabat  Tanah  dan  Jajahan  sahaja.  Di  samping  itu,  setiap  papar  iklan  yang
                   dibina  sama  ada  di  Jalan  Negeri  atau  Persekutuan  hendaklah memohon  Permit  Struktur
                   Papar Iklan dan Lesen Paparan Iklan dari PBT yang berkenaan.











               (d) Pembekal Bahan Industri

                   Pembekal  bahan  industri  berperanan  membekal  bahan-bahan  yang  digunakan  untuk
                   menghasilkan  papar  tanda  sama  ada  dalam  pembuatan  papar  tanda  iklan  dan  juga
                   membekal  barangan  yang  berkualiti  tinggi  untuk  mewujudkan  persaingan  yang  sihat  di
                   antara pembekal dan pengeluar papar tanda.



               (e) Pengusaha Syarikat Pengiklanan
                   Pengusaha  syarikat  pengiklanan  terlibat  secara  langsung  dalam  memberi  perkhidmatan
                   terbaik  kepada  pelanggan  yang  ingin  menempah  dan  membuat  papar  tanda.
                   Kebiasaannya,  pengusaha  syarikat  menawarkan  perkhidmatan  melalui  tempahan  secara
                   terus  di  kedai  ataupun  secara  dalam  talian  (online).  Antara  tempahan  papar  tanda  yang
                   ditempah  oleh  pelanggan  adalah  papar  tanda  perniagaan,  papar  tanda  berlampu,  papar
                   tanda jalan, papar tanda akrilik dan lain-lain lagi.

               (f) Pelanggan
                   Pelanggan adalah orang yang paling penting dan terlibat secara langsung dalam kelompok
                   kluster pembuatan Produksi Reka Tanda. Tanpa pelanggan, industri pembuatan Produksi
                   Reka  Tanda  tidak  berfungsi  disebabkan  tiada  tempahan  dan  permintaan.  Kebiasaanya
                   pelanggan terdiri daripada individu, peniaga, syarikat korporat dan agensi kerajaa



                                                             14
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29