Page 74 - Antologi Cerpen Jalan Pulang
P. 74
Jalan Pulang
langit. Cahaya yang dipancarkannya menyimbah ke seluruh
alam. Bahangnya pula terasa pedih menggigit permukaan
kulit.
Sementara itu angin dari arah pergunungan
bertiup lemah-gemalai. Pohon-pohon yang menghijau
mengangguk-angguk. Seolah-olah menyokong dengan kata-
kata yang dilafazkan oleh Munir itu. Bunyi daun-daun
bergeseran ibarat irama lagu yang sungguh menghiburkan
jiwa apabila didengar. Begitu juga dengan bunyi daun-daun
kering dan ranting patah jatuh berguguran di atas tanah juga
jelas kedengaran memecah suasana yang dibalut dengan
ketenangan.
Munir dan Sidik sama-sama meneguk minuman.
Dingin. Umpama air terjun di pinggir kali. Jelas terasa
apabila air membasahi tekak yang kering.
“Kau lihat tu, Munir. Anak-anak muda begitu
bersemangat sekali. Mengerjakan tanah yang dulunya terbiar.
Kini dipenuhi dengan sayur-sayuran dan pokok buah-
buahan,” ucap Sidik sebaik-baik sahaja selesai meneguk
minuman.
Munir lalu menarik nafas panjang.
“Itulah yang kita mahu. Anak-anak muda di
kampung ni dapat menyumbang sesuatu yang berguna dalam
usia ibarat sehelai daun hijau,” balas Munir.
“Aku setuju sekali dengan kata-kata kau tu. Sejak
projek tanaman semula ni bermula aku sebagai Pengerusi
Persatuan Belia kampung ni tengok mereka jauh dah
berubah. Tak macam dulu. Lebih banyak melakukan perkara
yang tak berfaedah,” Sidik menambah.
“Mereka memang mudah terpengaruh dengan
perkara begitu. Siapa lagi yang nak mengubahnya. Kalau
73
Teks Jalan Pulang.indd 73 05/05/2020 14:40:04

