Page 70 - Antologi Cerpen Jalan Pulang
P. 70
Jalan Pulang
lumrah manusia. Sesuatu yang baik itu adaketikanya sukar
diterima.
“Apa? Munir mengusahakan tanaman buah-buahan
dan sayur-sayuran di tanah terbiar tu?” kata Adnan dengan
penuh rasa terperanjat.
“Ya! Tengah rancak berjalan sekarang ni. Aku betul-
betul kagum dengan dia. Lulusan universiti yang tak
memilih kerja. Sekurang-kurangnya tanah tu ada jugak
hasilnya. Daripada terbiar begitu saja,” Tok Ketua sebaliknya
menjawab.
“Itu kerja sia-sia namanya, tok. Langsung tak ada
faedah. Tanah yang terbiar tu boleh mendatangkan hasil yang
lumayan kepada kampung ni. Kalau kena dengan caranya.”
Dia terang-terang menentang projek yang diusahakan oleh
Munir itu.
“Sia-sia apa pulak ni, Nan. Aku tak nampak usaha
Munir tu akan gagal. Lagipun anak-anak muda melalui
Persatuan Belia kampung ni turut sama mengusahakannya.”
Tok Ketua menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi.
“Itulah, tok. Mudah percaya sangat dengan kata-
kata Munir. Saya dah lama kenal dengan dia tu. Cakap saja
lebih. Kata orang tak ubah macam tong kosong. Bunyi aje
lebih. Tapi hasil tak ada!” Adnan membalas.
“Apa pasal kau marah sangat dengan Munir ni?
Salah ke apa yang dia buat tu. Sepatutnya kau turut sama
memberikan sokongan dan bukannya merosakkan rancangan
dia,” ujar Tok Ketua pula.
Kebosanan. Jelas terpancar di riak wajah Adnan.
Jarumnya untuk mempengaruhi Tok Ketua agar tidak
menyokong projek Munir itu nampaknya tidak berjaya.
Sebenarnya ada udang di sebalik batu.
69
Teks Jalan Pulang.indd 69 05/05/2020 14:40:04

