Page 71 - Antologi Cerpen Jalan Pulang
P. 71
Azaika SR
“Begini ajelah, tok. Biar saya berterus terang ajelah.
Saya berjanji. Nak jualkan tanah tu pada tuan syarikat saya
bekerja. Berapa saja harganya dia sanggup beli,” jelas Adnan
dalam nada suara yang lembut memujuk Tok Ketua.
“Nan …. Nan …!” Tok Ketua sebaliknya
menggeleng-gelengkan kepala dan sedikit mengukir
senyuman kecil apabila mendengar kata-kata Adnan itu.
“Untungnya sangat lumayan, tok. Kita pun dapat
bahagian,” tambah Adnan lagi.
Di luar cuaca begitu panas sekali. Sudah hampir
sebulan hujan tidak turun. Angin dari arah pergunungan
bertiup perlahan. Pohon kelapa yang tumbuh di halaman
rumah Tok Ketua meliuk-liuk ke kanan dan kiri. Dedaunan
hijau yang bergeseran mengeluarkan irama yang sungguh
merdu. Mengikut rentak tiupan angin. Sebagai seorang
pemimpin yang masak dengan asam garam kehidupan dia
cukup faham dengan maksud Adnan itu.
“Dia nak buat apa dengan tanah tu?” dia menyoal
sambil memandang tepat wajah Adnan.
“Kalau tok nak tahu dia nak buat rumah
peranginan berkonsepkan kampung. Macam mana? Tok
setuju tak?” dia cepat menjawab serentak membalas
pandangan Tok Ketua.
Diam. Tok Ketua sebaliknya menyucuhkan api paip
yang melekat di bibirnya. Adnan memerhatikan sahaja
gelagatnya itu.
Angin dari arah pergunungan tiba-tiba bertiup
kencang dan menerobos masuk ke dalam rumah papan itu.
Bunyi ayam, itik dan kambing peliharaan Tok Ketua jelas
kedengaran memecah suasana. Tok Ketua kemudiannya lalu
menghembus keluar asap paip. Nampak berkepul-kepul
70
Teks Jalan Pulang.indd 70 05/05/2020 14:40:04

