Page 96 - Antologi Cerpen Jalan Pulang
P. 96
Jalan Pulang
membalas sambil memandang tepat wajah Zamri.
“Hah! Sudah! Sekarang baru kau nak bercakap
tentang halal. Selama ni hasil kemewahan yang kau beri pada
anak dan isteri kau. Beli kereta mewah dan rumah banglo
yang eksklusif dengan cara apa?” Zamri terus mencabar
rakan kongsinya itu. Menyirap darah Salim apabila
mendengarnya. Namun dia tetap bersabar. Zamri melihat jam
di tangannya dan bingkas bangun.
“Sudahlah, Lim. Aku tak ada masa nak melayan
perkara yang mengarut ni. Aku ada temu janji dengan
pelanggan. Besok pastikan duit tu dah siap. Aku dah call
pegawai yang jaga projek tu. Kita akan berjumpa di tempat
yang rahsia,” katanya. Salim sebaliknya tidak menjawab. Dia
memerhatikan sahaja Zamri mengatur langkah ke arah
pintu.
Petang itu dia pulang awal ke rumah. Sejak dari
pagi tadi jiwanya benar-benar tidak berasa tenteram apabila
berada di pejabat. Gelisah. Wajah orang tua yang datang
dalam mimpinya terbayang-bayang segar di ruang mata.
“Awal abang balik hari ni?” tegur isterinya pula. Tak
lama kemudian pembantu rumahnya muncul sambil
membawa dulang yang berisi minuman. Dia kemudiannya
perlahan-lahan meletakkannya di atas meja dan pantas
berlalu pergi dari situ.
“Macam mana dengan projek tu, bang?” soal
isterinya lagi. Dia diam. Air teh yang masih lagi panas itu lalu
dihirupnya perlahan-lahan.
“Kalau ada rezeki dapatlah ….” Dia mengeluarkan
nada suara yang perlahan sambil meletakkan semula cawan
ke bawah.
“Saya yakin. Abang mesti dapat. Bertambah
95
Teks Jalan Pulang.indd 95 05/05/2020 14:40:07

