Page 93 - Antologi Cerpen Jalan Pulang
P. 93
Azaika SR
lebih penting daripada orang tua tu,” ujar Zamri pula dengan
panjang lebar.
Salim sebaliknya memilih untuk berdiam diri. Dia
membetulkan duduk dan menengadah ke siling. Wajah orang
tua itu masih lagi jelas bermain di ruang matanya walaupun
bertemu di alam mimpi. Zamri tidak berkelip-kelip
memandang gelagat rakan kongsinya yang tiba-tiba berubah
itu.
“Lim. Aku rasa fikiran kau terganggu kerana
memikirkan persaingan untuk mendapatkan projek tu. Tapi
aku yakin. Syarikat kita pasti berjaya. Pegawai yang
meluluskan projek tu dah berjanji akan beri kita dengan
syarat wang sogokan yang lumayan,” yakin Zamri.
“Itu cara yang salah, Ri. Rasuah adalah perbuatan
yang keji dan salah di sisi undang-undang!” Salim
membantah sekeras-kerasnya.
“Sejak bila pulak kau benci rasuah ni.
Selama ni kau jugak yang memberi wang sogokan mendapat
tender. Aku pelik betul dengan kau ni. Macam ni ajelah, Lim.
Aku tak nak bertekak dengan kau. Silap-silap aku boleh putus
rakan kongsi. Aku harap kau jangan ubah pendirian. Walau
apa cara sekalipun projek tu mesti berada dalam genggaman
kita. Ok!” Zamri sebaliknya membalas dan bingkas bangun.
Dia terus melayan fikirannya. Malam itu dia bermimpi
bertemu lagi dengan lelaki tua itu.
“Hidup anak dipenuhi dengan kemewahan. Tapi
sayang. Segala kemewahan yang anak kecapi ini adalah hasil
yang kotor dan menjijikkan.”
“Siapakah, Tuan …. Yang sebenar ni …? Di
manakah saya sekarang …. Kenapa tempat ni gelap …?
Macam dalam gua …,” katanya dengan penuh gementar
92
Teks Jalan Pulang.indd 92 05/05/2020 14:40:06

