Page 2 - Teks Tanah Kebun
P. 2
Prakata
Syukur alhamdulillah ke hadrat Allah SWT kerana dengan berkat limpah
dan izin-Nya jua maka saya dapat menghasilkan antologi cerpen yang
bertajuk Tanah Kebun. Penerbitan antologi cerpen ini sememangnya
amat ditunggu-tunggu oleh pembaca yang menjadikan cerpen sebagai
bahan bacaan yang utama.
Saya sedar bahawa tema yang diketengahkan juga harus memenuhi
selera dan citarasa pembaca. Sehubungan dengan itu, maka kisah
yang dapat menyelitkan nilai-nilai murni dan pengajaran harus
diketengahkan dengan watak dan jalan cerita yang menarik.
Sepertimana penerbitan antologi sebelum ini saya masih lagi menjadikan
tema ketuhanan, kisah masyarakat dan cintakan kedamaian sebagai
ikon penulisan untuk disampaikan kepada pembaca. Selain daripada itu,
falsafah dan memahami erti sebenar kehidupan ini turut diketengahkan
kepada pembaca untuk dihayati serta dikongsi bersama-sama.
Semoga penerbitan antologi cerpen ini akan dapat menyemarakkan lagi
penulisan kreatif dan sastera di tanah air yang tercinta. Akhir sekali
pada kesempatan ini juga saya ingin merakamkan setinggi-tinggi rasa
penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua
pihak yang telah memberikan semangat dan dorongan termasuk
bantuan kepada saya untuk terus menghasilkan penerbitan antologi
cerpen.
AZAIKA SR
10 Mei 2020
Teks Tanah Kebun.indd 2 03/06/2020 16:42:14

