Page 6 - Teks Tanah Kebun
P. 6

Azaika SR


                     “Entahlah, Mah …,”  keluh Baharuddin
              dengan lembut.
                     Kesejukan alat  penghawa dingin  terasa
              mengepung seluruh ruang bilik mewah itu. Datuk
              Borhan yang memakai kot, bertali  leher dan
              berkaca mata meneliti  kertas kerja yang dibuat
              oleh Sabri.
                     “Bagus  proposal  yang awak  buat ni.
              Lengkap dan padat. Saya yakin. Kita akan dapat
              projek tu,” ujarnya pada Sabri.
                     “Insya-Allah, Datuk. Sama-samalah kita
              berdoa,” Sabri menjawab.
                     “Saya kagum dengan awak, Sabri. Seorang
              pekerja yang komited  dan jujur.  Saya sungguh
              bertuah. Memiliki  pekerja macam awak.”  Datuk
              Borhan menghamburkan  kata-kata pujian pada
              Sabri.
                     “Pujian itu terlalu tinggi buat saya, Datuk.
              Bukan itu yang saya harapkan. Sudah menjadi
              tanggungjawab saya sebagai pekerja di syarikat ni.
              Melaksanakan apa yang Datuk arahkan. Apa yang
              saya lakukan adalah untuk kebaikan  bersama
              syarikat.  Bukannya untuk  saya  seorang.”  Sabri
              tidak mudah leka dengan pujian itu. Sebaliknya
              merendah diri.
                     Datuk  Borhan lalu  mengukir senyuman
              kecil.  Apabila  mendengar kata-kata  yang keluar
              daripada mulut Sabri itu.
                     “Saya berkata dengan ikhlas,  Sabri.
              Lagipun perkara yang baik. Memang patut dipuji,”
              Datuk Borhan bersuara.




                                     6






 Teks Tanah Kebun.indd   6                                    03/06/2020   16:42:15
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11