Page 7 - Teks Tanah Kebun
P. 7
Tanah Kebun
Perbualan mereka yang rancak pantas
terhenti. Kedengaran bunyi telefon bimbit Datuk
Borhan.
“Hello! Waalaikumsalam. Ya, Encik Tahir.
Tender perumahan Taman Bukit Melati Fasa 2. Ya.
Syarikat saya ada masuk. Alhamdulillah. Baik,
Encik Tahir. Terima kasih. Waalaikumsalam,” dia
membalas.
“Saya ada berita baik, Sabri,” ucap Datuk
Borhan dengan pantas. Sebaik-baik sahaja selesai
menjawab panggilan telefon itu.
“Kita dapat tender perumahan Taman
Bukit Melati Fasa 2,” Sabri mencelah.
“Benar, Sabri!” angguk Datuk Borhan.
“Syukur alhamdulillah. Rezeki syarikat
kita, Datuk,” tambahnya lagi.
“Berkat kerja keras awak jugak, Sabri,”
Datuk Borhan mendongakkan kepala tinggi sedikit
memandang wajah Sabri.
Tengah hari. Baharuddin duduk di atas
pangkin sambil melepaskan pendangan ke arah
bukit-bukau yang subur menghijau. Berhadapan
dengan rumahnya yang jelas kelihatan.
Angin bertiup lembut. Terasa nyaman dan
segar. Menyapu permukaan kulit. Pepohonan dan
dedaunan bagai menari-nari. Sekejap ke kanan
dan sekejap ke kiri. Mengikut rentak tiupan angin.
Yang datang dari arah bukit.
Bunyi suara ayam memagut jagung di atas
tanah juga jelas kedengaran. Memecahkan
7
Teks Tanah Kebun.indd 7 03/06/2020 16:42:15

