Page 92 - Teks Tanah Kebun
P. 92
Azaika SR
baiki siapa yang nak duduk kat rumah tu. Kita
kan ada rumah sendiri. Tak ke buat penat dan sia-
sia aje namanya.” Jawapan yang diberikan oleh
Norman. Jelas sekali tidak bersetuju dengan
cadangan abangnya itu.
“Abang faham semua tu, Norman. Tapi bila
kita dah baiki rumah tu dapatlah kita adik-beradik
berkumpul bila hari raya nanti. Sekurang-
kurangnya taklah terus sunyi rumah tu.” Ternyata
dia tidak berputus asa. Untuk memujuk adiknya
supaya mengembalikan semula seri rumah pusaka
yang telah hilang itu.
“Dah! Dah!” angguk Norman. Sambil
memandang tepat muka abangnya.
“Saya tak ada masa nak fikirkan rumah
buruk tu. Banyak lagi kerja yang saya kena buat.
Abang tanyalah pulak pada Nazri, Norkiah dan
Nazariah. Manalah tahu kalau dia orang bersetuju
dengan cadangan abang tu,” dia menambah lagi.
Memang dia benar-benar rasa kecewa
dengan sikap yang ditunjukkan oleh Norman
adiknya yang kedua itu. Kekecewaannya terus
berlarutan apabila adik-beradiknya yang lain
Nazri, Norkiah dan Nazariah macam juga Norman.
Tidak mahu menerima cadangannya. Demi
memastikan rumah pusaka peninggalan arwah
ayahnya terus hidup.
Dia lalu menanamkan tekad sedalam-
dalamnya di hati. Biarlah tidak mendapat bantuan
daripada adik-beradik. Namun demi memegang
amanah yang ditinggalkan oleh arwah ayah dan
92
Teks Tanah Kebun.indd 92 03/06/2020 16:42:26

