Page 95 - Teks Tanah Kebun
P. 95
Tanah Kebun
Deraman menambah.
“Saya hargai jasa baik dan pertolongan
Abang Deraman tu. Tapi tanah kebun tu satu-
satunya harta pusaka peninggalan arwah Abang
Majid …,” rayu Tijah dalam nada suara lembut.
Memohon simpati daripada Deraman.
“Yalah! Itu aku tahu. Tapi soalnya
sekarang dah lama sangat aku beri kau tempoh.
Kau fahamkan adat orang berhutang kenalah
bayar. Sekarang kau terang-terang tak boleh nak
bayar. Jadi lebih baik kau serahkan saja geran
tanah kebun tu pada aku. Hah, selesai masalah,”
ingat Deraman.
“Abang Deraman …. Sekali lagi saya minta
tolong. Berilah tempoh. Saya janji. Akan selesaikan
semua hutang Abang Deraman tu. Percayalah …!”
Tijah mengeluarkan nada suara lembut. Bersama
wajah penuh pengharapan. Supaya Deraman
menerima permintaannya itu.
“Hei, lagi-lagi janji. Sampai bila aku nak
menunggu kau tunaikan janji kau tu, Tijah. Letih
aku macam ni!” rengus Deraman dalam nada
suara yang keras.
Dia kemudiannya lalu meninggalkan
rumah Tijah dengan rasa penuh kecewa dan terus
pulang ke rumah.
“Macam mana, bang? Dapat ke geran
tanah tu?” tanya Mariam isterinya.
“Mana dapat. Tijah tu betul-betul degillah.
Dah berkali-kali abang suruh dia serahkan geran
tu. Tak mahu jugak diberinya. Naik buntu kepala
95
Teks Tanah Kebun.indd 95 03/06/2020 16:42:26

