Page 88 - Teks Tanah Kebun
P. 88
Azaika SR
anak begitu juga dengan adik-beradik lain
berkumpul di rumah ini setiap kali tiba hari raya.
Tergambar rasa riang. Yang amat sangat di wajah
ayah dan ibunya. Melihat anak-anaknya pulang
untuk merayakan hari mulia.
Bukan selalu suasana sebegini dirasai.
Hanya setahun sekali. Tapi kini semuanya tinggal
menjadi kenangan. Bila ayah dan ibunya sudah
tiada lagi. Jiwa rumah pusaka ini menjadi sunyi.
“Ayah ada satu permintaan. Boleh tak kau
tunaikan?” pinta ayahnya.
“Apa dia, ayah?” dia membalas. Wajah tua
ayahnya itu dipandangnya dalam-dalam. Tak
mahu dilepaskannya.
“Sebagai anak yang sulung ayah berharap
kau jagalah rumah ni baik-baik. Apabila ayah dan
mak dah tak ada nanti,” sambungnya lagi.
“Insya-Allah, ayah!” dia mengangguk-
angguk dengan pantas. Sebaik-baik sahaja
mendengar amanah yang disampaikan oleh
ayahnya itu.
“Saya tidak akan hampakan harapan ayah
dan mak,” janjinya.
“Alhamdulillah, Nasir!” sahut ayahnya
pula. Dengan rasa penuh gembira di hati. Apabila
mendengar jawapan yang diberikan oleh anaknya
itu.
“Inilah satu-satunya harta yang kita ada,”
tambah ayahnya.
Kata-kata ayahnya itu masih lagi terpahat
88
Teks Tanah Kebun.indd 88 03/06/2020 16:42:25

