Page 55 - KARANGAN
P. 55
mental, spiritual mahupun fizikal. Contoh ketara dari aspek sokongan mental dan spiritual
ialah ibu bapa perlu memberikan motivasi kepada anak-anak, manakala sokongan dari
aspek fizikal pula ialah mereka perlu menyediakan kelengkapan belajar anak-anak seperti
buku rujukan dan menghantar mereka ke pusat tuisyen. Sekiranya hal ini dapat
dilaksanakan maka tidak ada lagi orang yang akan sesat di perjalanan untuk memilih
kerjaya kerana mereka menetapkan sasaran dari awal lagi. Walaupun demikian, jika
seseorang mempunyai minat dan hala tuju yang jelas, tetapi mereka bersikap genggam-
genggam bara, terasa panas dilepaskan dan tidak ada semangat kegigihan, ketabahan,
keiltizaman dan kecekalan, sudah pasti segala hasrat termasuk kerjaya yang menjadi
idaman akan hancur lebur umpama kubur tanpa nisan. Tuntasnya, perkara-perkara yang
dinyatakan di atas hendaklah dilaksanakan secara efektif dan janganlah bersikap keras-
keras kerak nasi yang mudah putus asa supaya pemilihan bidang kerjaya impian akan
menjadi lebih jelas lagi.
55 | P a g e

