Page 53 - KARANGAN
P. 53
ESEI 5 : FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA BAGI SESEORANG REMAJA
Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita
telah menyumbang kepada perkembangan ekonomi pesat yang menjana pelbagai sektor
pekerjaan di Malaysia. Dalam sistem pendidikan di Malaysia, kita menghabiskan masa
selama enam tahun di sekolah rendah dan lima tahun di sekolah menengah. Selama
sebelas tahun ini, pelajar sentiasa disoal oleh guru-guru, “apakah kerjaya yang anda
inginkan?” Semasa dalam tingkatan empat, pelajar perlu memilih gabungan mata pelajaran
yang sesuai berdasarkan minat mereka untuk mengejar kerjaya impian. Menurut Kamus
Dewan Bahasa dan Pustaka, kerjaya merujuk kepada profesion atau pekerjaan yang dipilih
sebagai cara mencari nafkah hidup. Kerjaya merupakan panduan dalam kehidupan kita.
Pada masa ini, pelajar sepatutnya telah menetapkan matlamat tentang kursus dan kerjaya
yang diingini mereka supaya mereka ada hala tuju dalam hidup tidaklah seperti layang-
layang yang terputus tali dan tidak menyesal dengan keputusan yang diambil dikemudian
hari. Antara kerjaya yang menjadi pilihan ialah doktor, juruterbang, jurutera, ahli kimia dan
sebagainya. Persoalannya, apakah faktor-faktor yang mempengaruhi dalam pemilihan
sesuatu bidang kerjaya dalam kalangan pelajar SPM?
Fokus perbincangan pertama saya berkaitan faktor minat dan cita-cita pelajar semasa di
bangku sekolah terutama dalam kalangan pelajar SPM. Minat dan cita-cita merupakan dua
perkara saling berkait dan merupakan faktor paling dominan mempengaruhi pemilihan
kerjaya seseorang pelajar terutama pelajar yang bakal menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM). Oleh sebab itu, ketika mereka berada di tingkatan empat, pelajar perlu menentukan
aliran yang mereka pilih, sama ada aliran sains atau sastera. Bertitik tolak daripada itu,
pelajar akan belajar dengan tekun untuk meraih kejayaan cemerlang ke semua pakej mata
pelajaran yang ditawarkan dalam jurusan yang diambil. Hal ini kerana kecemerlangan
mereka tersebut membolehkan mereka meneruskan pengajian di menara gading untuk
menggapai cita-cita mereka. Di Menara gading jugalah tepat mereka menimba ilmu
berdasarkan kerjaya yang mereka cita-citakan, sama ada untuk menjadi golongan pekerja
profesional seperti doktor, peguam, pendidik, pentadbir dan sebagainya. Jikalau pelajar
berusaha sudah pasti mereka akan menggapai kerjaya yang mereka impikan kerana di
mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Tegasnya, faktor minat dan cita-cita merupakan dua
aspek penentu utama kejayaan pelajar untuk merealisasikan kerjaya mereka cita-citakan.
Selain faktor minat dan cita-cita, pelajar juga perlu memilih mata pelajaran yang ada kaitan
dengan kerjaya yang mereka pilih. Umumnya kita mengetahui bahawa semasa di alam
persekolahan lagi pelajar harus memilih subjek yang berkaitan dengan kerjaya yang akan
diceburi oleh mereka. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan mereka lebih mahir
dalam menguruskan kerjaya yang akan diceburi kerana sudah mengetahui dan membuat
persediaan yang rapi umpama sediakan payung sebelum hujan. Dengan perkataan yang
lain, pelajar seharusnya mengambil subjek yang berkaitan dengan cita-cita masing-masing
semasa mengambil Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Pada zaman yang serba canggih
ini, bukan sahaja kemahiran yang dilihat oleh majikan tetapi keputusan yang cemerlang
53 | P a g e

