Page 54 - KARANGAN
P. 54

dalam  subjek  yang  dipilih  itu  bersesuaian  dengan  kerjaya  turut  diberi  keutamaan  kerana
               hanya  jauhari  sahaja  yang  mengenali  manikam.  Contohnya,  jika  pelajar    memilih  kerjaya
               sebagai seorang jurutera, subjek yang mereka mesti pilih ialah Lukisan kejuruteraan. Jikalau
               pelajar  berjaya  menguasai  mata  pelajaran  berkenaan  sudah  pasti  mereka  ada  kelebihan
               untuk menggapai kerjaya yang diidam-idamkan. Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh,
               pemilihan mata pelajaran juga penting untuk menentukan kejayaan pelajar merealisasikan
               kerjaya yang mereka minati.



                         Bahkan  juga,  pelajar  yang  mengidamkan  kerjaya  yang  diminati  perlu  mempunyai
               tokoh atau idola sebagai motivasi untuk berjaya. Kebiasaaanya, idola yang dipilih perlulah
               seorang  yang  unik,  seorang  yang  tabah,  dan  berjaya  dalam  bidang  kerjayanya.  Sebagai
               contoh Hijjaz Kasturi, seorang arkitek luar biasa negara, mendapat pendidikan di  Adelaide
               University  dan  seterusnya  ke  Melbourne  University,  Australia.  Sekembalinya  ke  Malaysia
               tahun 1967, beliau telah memiliki kemahiran tersendiri dan menerajui bidang arkitek negara.
               Beliau telah memenangi pertandingan rekebentuk menara Maybank, bangunan Tabung Haji
               dan  menara  Telekom.  Setiap  rekabentuk  bangunannya  menerapkan  ciri-ciri  keIslaman
               hingga  ke  hari  ini  sehingga  namanya  tersohor  di  Persada  dunia.  Sekiranya  pelajar
               mempunyai idola sendiri, sudah pasti kerjaya pilihan mereka sebagai seorang arkitek akan
               dapat  direalisasikan  kerana  setiap  sejarah  kejayaan  serta  teladan  seperti  ketekunan,
               kegigihan dan kekreatifan idola mereka memotivasikan mereka untuk berjaya bukan sahaja
               di  Malaysia  malah  keseluruh  dunia.  Tegasnya,  seseorang  pelajar  yang  ingin  berjaya
               menggapai  kerjaya  idamannya  memerlukan  idola  agar  dapat  mempengaruhi  minda  dan
               semangat mereka untuk berjaya.



               Selain itu, sokongan dan doa ibu bapa amat perlu untuk memastikan kerjaya idaman remaja
               dapat direalisasinan. Ironisnya, jika minat seseorang itu tidak mendapat sokongan daripada
               kedua-dua ibu bapa, sudah tentulah punah harapan mereka.  Hal ini bermakna, seseorang
               yang  hanya  mempunyai  minat  tetapi  tidak  mendapat  restu  daripada  kedua-dua  ibu  bapa
               mereka  tentang  pemilihan  kerjayanya,  sudah  pasti  mereka  akan  kecundang  di  peringkat
               awal  lagi.    Oleh  hal  yang  demikian,  ibu  bapa  sewajarnya  menyokong  minat  anak-anak
               walaupun  pemilihan  kerjaya  mereka  bertentangan  dengan  harapan  kedua-dua  ibu  bapa.
               Bagi menyokong pemilihan kerjaya anak-anak mereka, ibu bapa boleh memperlengkapkan
               segala keperluan anak-anak dalam memenuhi kriteria yang diperlukan.  Sebagai buktinya,
               ibu bapa bolehlah memberikan dorongan, semangat dan motivasi kepada anak-anak sama
               ada  dalam  bentuk  material  mahupun  spiritual.  Sekiranya,  ibu  bapa  tidak  turut  serta
               membantu usaha anak mereka untuk menggapai kerjaya idaman mereka sudah pasti usaha
               berkenaan tidak akan kesampaian. Izharlah bahawa ibu bapa juga berperanan menyokong
               minat anak-anak mereka dalam merealisasikan kerjaya masa depan  anak-anak mereka.




               Perbincangan saya telah meniti ke puncaknya, maka sebagai akhirulkalam, minat menjadi
               prioriti  utama  dalam  pemilihan  sesuatu  kerjaya.  Dalam  konteks  ini,  ibu  bapa  memainkan
               peranan penting dalam pemilihan kerjaya anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana anak-
               anak mereka memerlukan sokongan dan dorongan daripada mereka sama ada dari aspek



                                                                                               54 | P a g e
   49   50   51   52   53   54   55