Page 12 - BUKU MAT22 KSR LPP_Neat
P. 12

Beliau memaklumkan akan sentiasa menerima pandangan dan teguran didalam
                     pengurusan  kelab  ini  demi  kepentingan  dan  kebajikan  ahli,  beliau  juga
                     memaklumkan  bahawa  sumbangan  kebajikan  akan  berterusan  seperti  yang
                     diwar-warkan.


                     Untuk mesyuarat agung pada kali ini, beliau memaklumkan bahawa setiap ahli
                     KSR  LPP  Selangor  akan  menerima  sumbangan  RM  30.00  sebagai  bantuan
                     akibat Covid19 dan juga goodies dari PPN Selangor.

                     Harapan beliau agar KSR LPP Selangor terus maju jaya pada masa akan datang

                     dan  memohon  maaf  sekiranya  ada  kekurangan  sepanjang  lantikan  beliau
                     sebagai Yang DiPertua.


                 2  Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke 20.

                     Sebelum Minit Mesyuarat dibentangkan, Encik Lokman Hakim bin Mohamed

                     Zain  (Setiausaha) memaklumkan  bahawa  pada  Mesyuarat  Agung  KSR  LPP
                     Selangor pada kali ini, Majlis Kebajikan Sukan dan Rekreasi (MKSR) LPP telah
                     melantik  En  Mohd  Nazim  bin  Aziz  dan  Pn  Juliana  Herni  binti  Jobli  sebagai
                     pemerhati mewakili MSKR lPP.


                     Minit Mesyuarat Agung kali ke-20 KSR LPP Negeri Selangor yang diadakan

                     pada  26  Mac  2019,  Rabu  di  Dewan  RUANG,  Seksyen  16,  Shah  Alam
                     dibentangkan  oleh  Encik  Lokman  Hakim  bin  Mohamed  Zain  (Setiausaha).
                     Setelah  disemak,  Puan  Azlindah  binti  Hasan  (Cawangan  Urusan  Pendaftar)
                     mencadangkan minit ini diterima dan disokong oleh Encik Amir Mustaqim bin
                     Mahzan (PPK Gombak Petaling) seterusnya diterima  sebulat suara.


                 3
                     Membentang dan Menerima Laporan Jawatankuasa Bagi Sesi 2019 – 2020.

                     Laporan Kemajuan Jawatankuasa dan Aktiviti Kelab Sukan dan Rekreasi LPP
                     Negeri Selangor sesi 2019/2020 dibentangkan oleh Encik Lokman Hakim bin
                     Mohamed Zain (Setiausaha).


                     Encik Norhelmi bin Noordin (PPK Gombak Petaling) mencadangkan laporan
                     Jawatankuasa Bagi Tahun Sesi 2019-2020 diterima dan disokong oleh Puan
                     Noor Baiti binti Zakaria (PPK Kuala Selangor) serta dipersetujui sebulat suara.






                                                                                                         12
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17