Page 13 - BUKU MAT22 KSR LPP_Neat
P. 13

3.1   Pembentangan  Perancangan KSR LPP Selangor 2020/2021.

                     Perancangan  adalah  bermula  dari  tarikh  Mesyuarat  Agung  Tahunan  2020
                     sehingga berakhir 31 Mac 2021.



                     3.1.1  Meneruskan Program Kebajikan/Sumbangan Ahli.

                            Untuk  tahun  2020  dan  2021,  KSR  LPP  Negeri  Selangor  akan  terus
                     menjalankan program-program untuk kebajikan ahli seperti berikut :

                                a.  Sumbangan  buah  tamar  untuk  ahli  sempena  menyambut  Bulan
                                    Ramadhan.
                                b.  Sumbangan  Khairat  Kematian  yang  berjumlah  RM  500  terhad
                                    kepada kematian suami, isteri, ibu dan bapa pegawai serta anak
                                    sahaja.
                                c.  Sumbangan Hadiah Perkahwinan yang berjumlah RM 100 untuk
                                    perkahwinan  pertama  sahaja,  jika  pasangan  suami  isteri  adalah
                                    ahli, hanya satu tuntutan sahaja boleh dibuat.
                                d.  Sumbangan  Kelahiran  Cahayamata  yang  berjumlah  RM  100.
                                    Hanya  untuk  cahayamata  pertama  sahaja  atau  cahayamata
                                    pertama di Negeri Selangor. Jika pasangan suami isteri adalah ahli,
                                    hanya satu tuntutan sahaja boleh dibuat.
                                e.  Sumbangan Menunaikan Ibadat Haji dengan nilai RM 100.00
                                f.  Sumbangan Kerana Sebab-Sebab Khas dengan nilai RM 100 yang
                                    terdiri dari kemasukan ke wad yang terhad hanya sekali setahun,
                                    kecederaan  kerana  atau  ketika  mewakili  sukan  untuk  KSR  LPP
                                    Selangor, kemalangan dan lain-lain faktor yang difikirkan layak oleh
                                    Jawatankuasa KSR LPP Selangor.
                                g.  Sumbangan  Kerana  Bertukar  ke  Negeri  Lain  dengan  nilai  RM
                                    100.00 yang hanya layak dituntut oleh ahli yang telah berkhidmat
                                    di LPP Negeri Selangor sekurang-kurangnya enam bulan.
                                h.  Sumbangan yang bernilai RM 150.00 kepada ahli yang bersara dari
                                    perkhidmatan.
                                i.  Kemudahan pinjaman kecemasan yang berjumlah RM 500.00 yang
                                    perlu dibayar semula melalui potongan gaji.

                     3.1.2  Futsal Peladang Selangor 2021.

                     KSR  LPP  Selangor  akan  menganjurkan  acara  Futsal  Peladang  yang  akan
                     melibatkan  semua  PPK  di  seluruh  negeri  Selangor.  Jangkaan  tarikh  bagi
                     program ini ialah pada Januari 2021. Hebahan rasmi kepada semua ahli akan
                     dibuat setelah pengurusan awal program selesai.


                     3.1.3  Bowling Piala Pengarah LPP Selangor 2021.




                                                                                                         13
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18