Page 14 - BUKU MAT22 KSR LPP_Neat
P. 14

Pertandingan  Bowling  Piala  Pengarah  LPP  Selangor  yang  merupakan  acara
                     tahunan  akan  diadakan  pada  Februari  2021.  Semua  ahli  dijemput  untuk
                     menyertai acara ini dan pemenang akan mewakili LPP Selangor ke Pertandingan
                     Bowling Piala Ketua Pengarah LPP.


                     3.1.4  Program Kecemerlangan dan Kecergasan Anggota LPP 2021.

                     KSR  LPP  Selangor  yang  mewakili  LPP  Selangor  akan  menyertai  Program
                     Kecemerlangan dan Kecergasan Anggota LPP 2021. Tuan rumah bagi program
                     ini ialah LPP Negeri Sembilan. Lokasi dan tarikh program akan dimaklumkan
                     kelak setelah mendapat pengesahan.

                     KSR  LPP  Selangor  melalui  Biro  Sukan  akan  mengadakan  persiapan  awal
                     setelah mendapat pengesahan acara-acara yang akan dipertandingkan kelak.

                     3.1.5  Program Hari Keluarga KSR LPP Selangor 2021.

                            KSR  LPP  Selangor  merancang  menganjurkan  Program  Hari  Keluarga
                     LPP Selangor pada penghujung tahun 2021. Lokasi yang dicadangkan ialah di
                     Lembah Peladang Saujana Utama, Sungai Buloh. Hebahan rasmi kepada semua
                     ahli akan dibuat setelah pengurusan awal program selesai setelah mengambil
                     kira kesesuaian masa dan sumber kewangan.

                     Perancangan yang diatur adalah bergantung kepada kesesuaian masa, lokasi
                     dan sumber kewangan. Ia juga bergantung kepada Arahan Kawalan Pergerakan
                     Pemulihan dari kerajaan akibat wabak Covid19.


                     Membentang  dan  Mengesahkan  Laporan  dan  Penyata  Kewangan  bagi
                     Tahun Berakhir 31 Disember 2019

                     Cik Nor Hasimah binti Che Hashim (Bendahari) membentangkan Laporan dan

                     Penyata Kewangan KSR LPP Negeri Selangor bagi tahun berakhir 31 Disember
                     2019 seperti berikut:
                 4
                     Penyata Terimaan dan Bayaran Bagi Tahun Berakhir 31  Dis 2019:

                     Baki awal
                                   Bank Islam                           RM  33,725.89
                                   Di Tangan                            RM       137.78

                                Terimaan                              RM  69,527.82

                                   Jumlah                                 RM 103,391.49

                     Pembayaran                                     RM  98,613.50

                                    Baki                                     RM    4,777.99


                                                                                                         14
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19