Page 3 - Buku Pengurusan SKTKK 2020
P. 3

Sekapur Sirih

               Assalamualaikum wrt.wbt. dan salam sejahtera,

                                              Bersyukur  Kepada  Allah  S.W.T  di  atas  rahmat  dan  limpah
                                      kurniaNya dapat kita meneruskan sesi 2020. Syabas dan tahniah di
                                      atas  penghasilan  Buku    Pengurusan  Sekolah  SKTKK  2020  bagi
                                      sesi  ini  sebagai  panduan  dalam  memacu  kecemerlangan  budaya
                                      sekolah.  Dengan  motto  ”Cemerlang,  Gemilang  dan  Terbilang”
                                      diharapkan segala visi dan misi untuk tahun ini akan dicapai. Ahli
                                      Jawatankuasa  yang  dibentuk  diperhalusi  menenerusi  panduan
                                      Bahagian  Pengurusan  Sumber  Manusia,  Kementerian  Pendidikan
                                      Malaysia 2017.

                       Dalam  menzahirkan  SK  Taman  Kota  Kulai  TS25  sebagai  antara  institusi  yang
               dinamik      perubahan  transformasi  segenap  aspek  perlu  bersifat  proaktif.  Bagi
               merealisasikan  aspek  kemenjadian  murid,  daya  juang  para  pendidik  haruslah  disertai
               dengan semangat yang tinggi. Kita juga perlu berkerjasama dalam meningkatkan peratus
               kelulusan murid serta pencapaian menguasai tahap minimum (MTM) berada pada tahap
               paling  optimum  mungkin  serta  bilangan  murid  cemerlang  dalam  PPSR  bertambah  selain
               memastikan  kita  terus  mengeluarkan  produk  modal  insan  yang  terbaik  dalam  segenap
               aspek.

                       Adalah  penting  hubungan  jaringan  dan  jalinan  permuafakatan  dengan  pelbagai
               pihak terlaksana dengan harmoninya. Ini melibatkan sarana ibu bapa, komuniti dan swasta
               menerusi Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) yang perlu kreatif dan inovatif dalam
               memajukan sekolah. Kesannya dapat kita lihat dalam pewujudan ruang pembelajaran yang
               kondusif  dan  ceria.  Guru  sebagai  inspirasi  kepada  anak  didiknya  dalam  melestarikan
               kecemerlangan sekolah.

                       Guru  Besar  sebagai  pengurus  utama  dan  warga  sekolah sebagai  pendokongnya,
               melengkapi  satu  sama  lain  dalam  memenuhi  amanah  dan  tanggungjawab.  Ini  menuntut
               pengorbanan  yang  padu  dan  jitu  daripada  semua  pihak.  Guru-guru  perlu  komited  dalam
               memastikan penjenamaan SK Taman Kota Kulai sebagai sekolah yang mempunyai sistem
               pengurusan yang kemas,unggul dan aktif.

                       Responsif  dalam  pembudayaan  dan  pengamalan  kerja  yang  proaktif,  sentiasa
               membuat  refleksi  dan  penilaian  terhadap  pencapaian  kendiri  masing-masing,  bergerak
               sepasukan dan muafakat dalam mencari titik persamaan.

                       Sebagai penutup bicara, warga SK. Taman Kota Kulai TS25 mestilah bersatu dalam
               menggembeling tenaga dan bergerak secara efisien dan konsisten.


               Sekian wassalam.

               Cemerlang, Gemilang, Terbilang





               Mohd Yusof bin Hamat
               Guru Besar
               SK. Taman Kota Kulai
   1   2   3   4   5   6   7   8