Page 7 - Buku Pengurusan SKTKK 2020
P. 7
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Taman Kota Kulai terletak di kawasan perumahan Taman Putri
Kulai. Nama sekolah adalah bersempena nama taman perumahan yang pertama wujud di
kawasan sekolah dibina. Ianya terletak kira-kira 6 km dari bandar Kulaijaya. Bangunan sekolah
ini terdiri daripada 3 blok bangunan 4 tingkat dan sebuah kantin yang didirikan di atas sebidang
tanah seluas 5 ekar.
Tanggal 1 Jun 2001, Sekolah Kebangsaan Taman Kota Kulai dibuka dengan
menumpang bangunan di Sekolah Kebangsaan Kulai, Kampong Melayu. Beroperasi di bawah
bimbingan En. Yunus bin Ramlan selaku Guru Besar, seorang GPK Pentadbiran, GPK HEM,
GPK Kokurikulum, dan 6 orang guru penolong. Pada 18 Jun 2001, sekolah menerima seramai
153 orang murid yang terdiri daripada 2 kelas Tahun 2 dan 2 Kelas Tahun 3. Pada 20 Oktober
2001 , sekolah menerima 2 orang kakitangan sokongan dan tambahan 4 orang guru penolong.
Sekolah Kebangsaan Taman Kota Kulai beroperasi di bangunannya sendiri pada bulan
Mac 2002. Persekolahan dua sesi bermula pada 1 Januari 2010.
Senarai Guru Besar yang berkhidmat di Sk Taman Kota Kulai:
BIL NAMA GURU BESAR TAHUN BERKHIDMAT
1. En. Yunus bin Ramlan 1 Jun 2001 - 31 Julai 2003
2. Puan Hajah Azizah binti Hj. Ariffin 1 September 2003 - 20 Januari 2008
3. En. Seroun bin Samsudin 21 Januari 2008 - 1 Ogos 2012
4. En. Abd.Hamid bin Abd. Kadir 2 Ogos 2012 - 29 Disember 2013
5. Tn. Hj. Aziman bin Tumirin, P.I.S 1 Januari 2014 - 2 Januari 2016
6. En. Mohd Yusof bin Hamat 3 Januari 2016 - kini
1 Januari 2004 kelas Pra Sekolah yang pertama dibuka, pada 1 Januari 2008 kelas Pra Sekolah
kedua dibuka dan kelas Pra sekolah yang ketiga dibuka pada 1 Januari 2011.
* 24 Bilik Darjah * 1 Bilik Kesihatan
* 1 Perpustakaan * 1 Bilik Seni
* 1 Bilik Mesyuarat * 2 Bilik Makmal Komputer
* 1 Bilik Kelas Pemulihan * 1 Bilik Bimbingan Kanseling
* 1 Bilik Tayang * 1 Bilik Kemahiran Hidup
* 1 Bilik Self Access Learning * 1 Bilik Pengurusan Sukan
* 1 Bilik Guru * 1 Bilik SPBT
* 1 Bilik Guru Besar * 2 Makmal Sains
* 3 Bilik Guru Kanan * 1 Bilik Muzik
* 1 Bilik Pentadbiran * 2 Bilik Persalinan
* 1 Bilik Akses komputer * 3 Bilik Pra Sekolah
* 1 Bilik Bahan Bantu Mengajar * 1 Bilik Kokurikulum
* 1 Bilik Solat * 1 Bilik Moral
5 |BUKU PENGURUSAN SKTKK 2020

