Page 6 - Buku Pengurusan SKTKK 2020
P. 6
OBJEKTIF
SK TAMAN KOTA KULAI
▪ Meningkatkan kualiti dan kuantiti prestasi murid dari setahun ke setahun dari segi
akademik khususnya pencapaian dalam peperiksaan UPSR.
▪ Mengamalkan nilai-nilai murni ke dalam diri murid menerusi semua aspek pembelajaran
dan pengajaran dalam bilik darjah dan di luar sekolah.
▪ Pengindahan suasana sekolah bagi menarik dan menimbulkan keadaan yang kondusif
disenangi oleh murid dan ahli masyarakat sekolah.
▪ Mewujudkan perhubungan yang erat antara sesama ahli, masyarakat sekolah dan
komuniti setempat.
PIAGAM PELANGGAN
Kami para pendidik dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami :
▪ Memastikan proses pembelajaran dan pengajaran berjalan lancar dengan berkesan
memenuhi kehendak individu, masyarakat, negara serta mendukung Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
▪ Menjalankan setiap tugas dengan penuh dedikasi, komited, berdisiplin,
bertanggungjawab dan produktif sepanjang masa.
▪ Memastikan kami sentiasa peka, prihatin dan responsive kepada kehendak masyarakat
dan negara.
▪ Sentiasa berusaha meningkatkan mutu pembelajaran dan pengajaran supaya lebih
komprehensif dan efektif.
▪ Sentiasa berusaha meningkatkan daya intelek murid-murid selaras dengan
perkembangan rohani, emosi dan jasmani.
▪ Mewujudkan suasana pembelajaran yang harmonis lagi menyeronokkan.
▪ Sentiasa bersikap peramah, senang didampingi, bekerjasama dan toleransi.
▪ Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan yang segera kepada
setiap pelanggan yang berurusan dengan kami.
▪ Sentiasa bersedia mendengar dan menerima pendapat, cadangan dan teguran yang
membina daripada semua pihak demi meningkatkan perkhidmatan dan kecemerlangan
akademik.
4 |BUKU PENGURUSAN SKTKK 2020

