Page 68 - Buku Pengurusan SKTKK 2020
P. 68
TUGAS-TUGAS GURU KELAS
SK TAMAN KOTA KULAI, KULAI
SESI 2020
1. BUKU PENDAFTARAN MURID:
1.1 Mendaftar dan merekodkan maklumat murid Tahun 1 dan murid yang bertukar
masuk dan keluar (mesti sentiasa dikemaskini).
1.2 Semua murid mesti didaftarkan dan ada No. Pendaftaran.
2. KEDATANGAN MURID:
2.1 Mengisi secara atas talian (online) mengikut ketetapan masa yang telah ditetapkan
pada hari bersekolah.Sistem kedatangan murid mesti diisi pada setiap hari bagi sesi
pagi sebelum pukul 8.00 pagi dan sesi petang sebelum pukul 2.00 petang.
2.2 Mencetak kedatangan pada setiap tarikh akhir hujung bulan atau yang
sepatutnya untuk disahkan oleh GPK HEM.
3. MURID YANG TIDAK HADIR:
3.1 Mesti ada surat / kenyataan. Maklumat disimpan dan difailkan.
3.2 Memberi Surat Amaran kpd murid yang ponteng / tiada langsung kenyataan setelah
mengisi Sistem Sahsiah Disiplin Murid (SSDM). Sila semak Jadual Amaran
Pelajar Ponteng sebagai rujukan.
4. Membantu Menguruskan SPBT : Pengedaran dan pemulangan Buku Teks.
5. Membantu kawalan Disiplin Murid : Mengisi Buku Kawalan Bilik Darjah
6. Penguruan Kelas : Kebersihan kelas dan papan kenyataan.
7.Menjalankan Tugas Mingguan dan membuat laporan bertulis setiap hari dengan
lengkap tetapi ringkas. - Buku Laporan dipulangkan semula ke pejabat untuk penyemakan.
Jangan ditinggalkan di bilik guru / di mana-mana.
8. Memastikan semua murid ada fail peribadi yg lengkap dgn: sijil lahir, kad pengenalan
ibu/bapa, kad ujian, kad kesihatan, kad pafa, buku pelaporan, dll.
* Jika murid Bukan Warganegara pastikan ada Surat Akuan Belajar daripada JPNJ dan
Pas Belajar.
* Jika anak angkat pastikan ada Surat Pengakuan/ Surat Sumpah.
9. Borang Maklumat Murid:
- Mesti diisi dengan lengkap.
- Mesti ada slip gaji / Akuan pendapatan yg telah disahkan.
- Jika ada perubahan maklumat / murid bertukar sila maklumkan kepada Guru Data dengan
segera.
10.Melengkapkan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) , Sistem Maklumat Murid
(SMM) dan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) serta mengemaskinikannya mengikut
ketetapan.
66 |BUKU PENGURUSAN SKTKK 2020

