Page 74 - Buku Pengurusan SKTKK 2020
P. 74
7.1.7 Sekiranya pelajar terpisah daripada kumpulan, tunggu di suatu tempat dan minta bantuan.
7.1.8 Pelajar dikehendaki melaporkan sebarang kecemasan yang berlaku.
7.1.9 Pelajar dikehendaki membuat persediaan awal untuk program lawatan.
8.0 Kegiatan Luar Perkhemahan
8.1 Tatacara Pelajar
8.1.1 Pelajar hendaklah melengkapkan borang kebenaran ibubapa/penjaga.
8.1.2 Pelajar mestilah mematuhi arahan dan berada di tempat yang ditentukan.
8.1.3 Pelajar dikehendaki mematuhi semua syarat dan peraturan yang ditetapkan.
8.1.4 Pelajar mesti menyediakan semua peralatan yang diperlukan.
8.1.5 Pelajar hendaklah menyediakan pakaian secukupnya dan bersesuaian.
8.1.6 Pelajar hendaklah mendirikan khemah di kawasan yang dikenal pasti selamat.
8.1.7 Pelajar dikehendaki membersihkan kawasan persekitaran di sekeliling khemah.
8.1.8 Pelajar dilarang merosakkan/menebang sebarang pokok/tumbuhan.
8.1.9 Pelajar dikehendaki menghentikan sebarang aktiviti sekiranya cuaca buruk akan berlaku.
8.1.10 Pelajar hendaklah memaklumkan kepada guru sekiranya ternampak binatang/serangga
berbahaya.
8.1.11 Pelajar hendaklah memakai jaket keselamatan untuk melakukan aktiviti dalam air.
9.0 Perjumpaan Mingguan (Hari Gerak Kerja Kokurikulum)
9.1 Tatacara Pelajar
9.1.1 Pelajar mesti hadir ke sekolah dengan berpakaian unit beruniform/pakaian seragam.
9.1.2 Pelajar mesti melaporkan kehadiran kepada pemimpin/penasihat untuk setiap sesi mengikut jadual.
9.1.3 Pelajar dilarang meninggalkan kawasan sekolah tanpa kebenaran.
9.1.4 Pelajar bertanggungjawab terhadap keselamatan diri masing-masing.
9.1.5 Pelajar hendaklah mematuhi peraturan sekolah.
9.1.6 Pelajar digalakkan mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti yang diadakan.
9.1.7 Ketua/pengerusi mesti membuat laporan dan mengemas kini maklumat perjumpaan dalam buku
laporan.
72 |BUKU PENGURUSAN SKTKK 2020

