Page 72 - Buku Pengurusan SKTKK 2020
P. 72
PERATURAN-PERATURAN DALAM PROSEDUR
KESELAMATAN PELAJAR KETIKA MENJALANKAN
AKTIVITI KOKURIKULUM
1.0 Tatacara Aktiviti Kokurikulum (Umum)
1.1 Tatacara Pelajar
1.1.1 Pelajar mesti mendapatkan kebenaran ibu bapa/penjaga masing-masing.
1.1.2 Semua pelajar mesti megikuti program yang diadakan di peringkat sekolah kecuali yang diberi
pengecualian dengan mengemukakan surat akuan doktor.
1.1.3 Pelajar mesti mematuhi syarat/peraturan yang ditetapkan untuk pelaksanaan program
1.1.4 Pelajar mensti akur dengan arahan pemimpin/penasihat/guru sewaktu program dijalankan
1.1.5 Pelajar bertanggungjawab terhadap keselamatan diri masing-masing
1.1.6 Pelajar dilarang meninggalkan program tanpa kebenaran.
1.1.7 Pelajar dikehendaki membuat persediaan diri sewajarnya mengikut program yang akan
dijalankan/disertai.
1.1.8 Pelajar mesti sentiasa menjaga nama baik diri, keluarga dan sekolah.
2.0 Penggunaan Bilik Sukan, Alatan dan Kemudahan Sukan
2.1 Tatacara Pelajar
2.1.1 Pelajar dilarang masuk ke dalam bilik sukan tanpa urusan/kebenaran.
2.1.2 Pelajar hendaklah memberitahu alatan/kemudahan yang diperlukan kepada guru/pengawas sukan
yang bertugas.
2.1.3 Pelajar hendaklah menandatangani buku pinjaman/pemulangan alatan.
2.1.4 Pelajar mesti menggunakan alatan mengikut arahan/peraturan.
2.1.5 Pelajar mestilah memeriksa alatan yang akan digunakan.
2.1.6 Pelajar hendaklah memulangkan semula alatan ke tempat asal.
2.1.7 Pelajar dilarang membawa keluar peralatan dari bilik sukan tanpa rekod.
2.1.8 Pelajar dikehendaki menulis surat permohonan untuk meminjam peralatan dan kemudahan untuk
kegunaan masa lain (program/aktiviti).
2.1.9 Pelajar dilarang mengubah sebarang kedudukan peralatan di dalam bilik sukan tanpa kebenaran.
2.1.10 Pelajar dilarang menggunakan/berada di padang/gelanggang semasa hujan.
2.1.11 Pelajar bertanggungjawab terhadap keselamatan diri sewaktu menjalankan aktiviti dan
menggunakan peralatan sukan.
Pelajar mesti melaporkan kepada guru sekiranya berlaku kecemasan/kemalangan.
3.0 Sukan dan Permainan
3.1 Tatacara Pelajar
3.1.1 Pelajar hendaklah melaporkan tahap kesihatan diri yang terkini kepada guru sebelum menjalankan
sebarang aktiviti.
3.1.2 Pelajar mesti memakai pakaian dan kasut yang sesuai sewaktu aktiviti dijalankan.
3.1.3 Pelajar mesti melaporkan taraf kesihatan sekiranya merasa tidak selesa sewaktu aktiviti dijalankan.
3.1.4 Pelajar hendaklah menunggu arahan guru sebelum aktiviti dimulakan.
3.1.5 Pelajar dilarang melakukan sebarang aktiviti tanpa pengawasan guru.
3.1.6 Pelajar mesti mengikut arahan semasa melakukan aktiviti.
3.1.7 Pelajar mesti melakukan aktiviti dalam kawasan yang ditentukan.
3.1.8 Pelajar hendaklah melaporkan kerosakan alatan sebelum/semasa alatan digunakan kepada
guru/pengawas bertugas.
3.1.9 Pelajar hendaklah melaporkan kemalangan yang berlaku kepada guru bertugas.
70 |BUKU PENGURUSAN SKTKK 2020

