Page 71 - Buku Pengurusan SKTKK 2020
P. 71
DASAR-DASAR KOKURIKULUM
Objektif
1. Membina murid yang memiliki kekuatan dari segi keterampilan minda, kecergasan jasmani,
kemantapan rohani, kecerdasan emosi dan kemahiran sosial.
2. Menyeimbangkan perkembangan mental, jasmani dan rohani murid.
3. Membentuk watak sekolah.
Fokus
1. Penglibatan yang menyeluruh dalam kalangan murid.
2. Memantapkan pelaksanaan kokurikulum sekolah.
3. Pembinaan semangat ketahanan fizikal, mental dan jasmani.
Dasar Pelaksanaan
1. Semua persatuan, kelab dan badan beruniform didaftarkan berserta dengan Perlembagaan
Persatuan dan permohonan menjadi ahli.
2. Aktiviti yang dijalankan melibatkan semua murid terutama Tahap 2.
3. Murid diberi peluang untuk mengendalikan aktiviti dengan pemantauan guru kecuali melibatkan
kewangan.
4. Nilai-nilai untuk membina semangat berpasukan dan kekitaan diterapkan kepada murid melalui
pertandingan antara kumpulan, pasukan dan rumah sukan.
5. Semua aktiviti dibuat mengikut perancangan, pelaksanaan, pemantauan, penilaian dan
pelaporan.
6. Semua murid didedahkan dan diperkenalkan kepada semua jenis sukan dan permainan sesuai
dengan dasar sukan untuk semua dan penglibatan yang menyeluruh.
7. Aktiviti luar sekolah diadakan sekurang-kurangnya satu kali bagi setiap persatuan, kelab dan
unit beruniform.
8. Bagi menyertai perkhemahan/hari Kokurikulum dijalankan dengan melibatkan murid Tahap 2
untuk menguji kemahiran yang telah dipelajari.
9. Majlis dan aktiviti perhimpunan Kokurikulum dikendalikan oleh murid.
10. Semua aktiviti menjurus kepada memberi cabaran, semangat daya juang dan daya tahan.
11. Kebenaran ibu bapa/penjaga dan Sekolah Agama dibuat dalam melaksanakan aktiviti yang
dijalankan di luar sekolah.
PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM
1. Setiap Unit beruniform/Persatuan/Kelab hendaklah didaftarkan dengan disertakan Borang
Permohonan Pendaftaran, Perlembagaan Persatuan, Draf Aktiviti Asas, senarai ahli dan minit
Mesyuarat Agung pertama.
2. Setiap aktiviti hendaklah dijalankan berdasarkan Pelan Strategik yang telah dirancang terlebih
dahulu. Sila lengkapkan Buku Laporan Aktiviti Mingguan Kokurikulum untuk pemantauan
pelaksanaan.
3. Guru kelas hendaklah sentiasa membantu mengemaskini Buku Pencapaian Kegiatan
Kokurikulum pelajar dan sentiasa berada dalam simpanan fail pelajar.
4. Semua pasukan beruniform dikehendaki sentiasa bersedia untuk menyertai aktiviti kawad kaki.
5. Guru penasihat diminta sentiasa membuat persediaan awal tahun sebelum melaksanakan
sesuatu aktiviti atau pertandingan.
6. Guru penasihat hendaklah sentiasa merujuk Takwim Aktiviti Kokurikulum yang disediakan.
7. Semua aktiviti pertandingan hendaklah dibuat laporan selewat-lewatnya 7 hari selepas
pertandingan kepada GPK Kokurikulum atau Setiausaha Kokurikulum.
69 |BUKU PENGURUSAN SKTKK 2020

