Page 28 - FINAL REPORT FPN-latest
P. 28
Jadual P.1: Jenis Aset dan Kemudahan FPN
(5) Keperluan Perundangan
Bagi memastikan proses pengurusan dan pembangunan pelajar yang berkualiti, FPN telah
mematuhi keperluan perundangan dalaman yang tertakluk kepada persekitaran
perundangan di peringkat UiTM. Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) merupakan nadi
pengurusan dan pembangunan pelajar bagi seluruh sistem universiti, menyempurnakan
bidang tugas, tanggungjawab dan fungsinya selaras dengan peruntukan Akta Universiti
Teknologi MARA 1976 (Akta 173) dan (Akta 174) dan pindaan-pindaannya di bawah
kawalan Naib Canselor UiTM. Di samping itu, FPN juga turut mematuhi keperluan
perundangan luaran di peringkat kebangsaan dan antarabangsa; yang merangkumi
peraturan kesihatan dan keselamatan pekerjaan, keperluan akreditasi, pensijilan atau
pendaftaran, piawaian pendidikan dan peraturan-peraturan lain. Jadual P.2
memperincikan butiran lanjut berkaitan keperluan perundangan.
xi

