Page 30 - FINAL REPORT FPN-latest
P. 30
Jadual P.3: Senarai Jawatankuasa dan Sesi Engagement
Perbincangan ad-hoc dan berterusan diadakan untuk menangani isu dan hal penting
semasa, supaya tindakan segera dapat diambil, dan dimaklumkan di dalam sesi atau
mesyuarat yang berkaitan. Pekeliling akan digunakan sekiranya mesyuarat tidak sempat
diadakan akibat kekangan tarikh tutup, terutama sekali apabila adanya permohonan ke
konferensi dalam masa terdekat.
(2) Pelanggan
Dalam melahirkan graduan profesional Bumiputera, FPN telah mengenalpasti pelanggan
kepada dua (2) kategori utama iaitu pelanggan dalaman (pelajar dan pensyarah), dan
pelanggan luaran (ibubapa, badan profesional, industri, dan komuniti perakaunan).
Maklum balas pelanggan diambilkira bagi memastikan penambahbaikan berterusan
terarah kepada penjaminan penawaran program-program berkualiti, suasana
pembelajaran yang kondusif, dan pencapaian kadar kebolehpasaran graduan yang tinggi.
Contoh keperluan bagi setiap pelanggan dinyatakan di dalam Gambarajah P.8.
xiii

