Page 29 - FINAL REPORT FPN-latest
P. 29
Jadual P.2: Keperluan Perundangan FPN
b) Pertalian Hubungan Organisasi
(1) Struktur Organisasi
Sistem tertinggi governan FPN adalah Pengurusan Eksekutif yang dipengerusikan oleh
Dekan bersama tiga Timbalan Dekan dan Timbalan Pendaftar kanan. Setiap Timbalan
Dekan dibantu oleh Ketua Pusat Pengajian (KPP), Koordinator dan Penyelaras mengikut
kesesuaian tugas di setiap bahagian yang dilantik oleh pihak Universiti atau pihak FPN
(rujuk Carta Organisasi FPN di Lampiran P.3). Pengurusan Eksekutif FPN juga melantik
beberapa jawatankuasa lain dan mengadakan sesi ‘engagement’ untuk pengurusan
beberapa fungsi dan tugas berkaitan secara berkala bagi memastikan keberkesanan
keputusan dalam hal-hal pengurusan dan P&P (sila rujuk Jadual P.3).
xii

