Page 35 - FINAL REPORT FPN-latest
P. 35
bumiputra akauntan berkelayakan profesional.
Quality Students ● Satu-satunya Fakulti di kalangan universiti-universiti setara yang
/Graduates dianugerahkan dengan Ind-E-Zone - “one-stop career information centre”
(Pelajar/Graduan oleh TalentCorp dan Kementerian Pengajian Tinggi.
yang berkualiti) ● Kerjasama dengan universiti swasta ternama – Sunway University dalam
penganjuran Persidangan Pendidikan Perakaunan peringkat Asean iaitu
ACAE 2015.
● Pencapaian pelajar profesional (akademik dan bukan akademik di
peringkat nasional/antarabangsa)
● Pencapaian pelajar AC220 (akademik dan bukan akademik diperingkat
nasional/antarabangsa)
● Pemenang dipertandingan peringkat kebangsaan
(2) Perubahan yang Mempengaruhi Kedudukan Kompetitif Organisasi
FPN telah mengenalpasti perubahan-perubahan yang akan mempengaruhi kedudukan
kompetitif FPN masa hadapan, seperti berikut:
I. Sasaran akauntan Bumiputera bertauliah sekurang-kurangnya 60,000 orang
pada tahun 2030.
II. Pertumbuhan industri kewangan Islam telah mewujudkan permintaan untuk
keperluan kemahiran baru daripada graduan FPN, dan ini telah membawa
kepada kerjasama dengan Islamic Banking and Finance Institute
Malaysia (IBFIM) dan Securities Industry Development Corporation (SIDC).
Selain itu, FPN turut menawarkan kursus elektif berteraskan kewangan Islam
seperti kursus Accounting for Islamic Financial Transactions dan Zakat
Accounting. Dengan penawaran ini, pemantapan pembangunan pelajar akan
lebih berkesan. Di samping itu, HEP juga menawarkan program-program yang
lebih menarik seperti Tabung 3S (Sedekah Sehari Seringgit), Sedekah
Membawa Barakah, Tunjukkan Aku Jalan yang Lurus, FACT Bertadarus,
Halaqah Perdana dan banyak lagi seiring dengan keperluan bagi
memantapkan lagi aspek kerohanian pelajar.
(3) Data Perbandingan
FPN membuat perbandingan data dengan menggunakan kedua-dua sumber dalaman dan
luaran bagi tujuan penanda-aras. Bagi sumber dalaman, Unit Perancangan Strategik FPN
dan UiTM adalah dirujuk. Manakala, bagi sumber luaran, FPN bergantung kepada
maklumat daripada Institut Akauntan Malaysia (MIA), Kementerian Pendidikan Tinggi dan
universiti-universiti tempatan yang lain.
b) Konteks Strategik
Untuk mencapai sasaran bagi melahirkan graduan profesional bumiputra dan menjadi
“Fakulti yang Berdaya Saing Tinggi” (Highly Competitive Faculty) selari dengan Hala Tuju
Strategik UiTM, FPN telah mengenalpasti lima (5) objektif strategik bagi tujuan
pemantapan pengurusan dan pembangunan pelajar. Objektif strategik tersebut adalah
seperti berikut:
xviii

