Page 34 - FINAL REPORT FPN-latest
P. 34
merupakan satu-satunya universiti awam di Malaysia yang menawarkan program
profesional perakaunan bertaraf dunia di samping institusi pengajian swasta yang
merangkumi ACCA, CIMA, dan MICPA. Selain daripada itu, FPN juga sangat kompetitif di
kalangan pesaing kerana berjaya mendapat pengiktirafan status platinum daripada ACCA.
Status tersebut hanya diberi kepada institusi pengajian yang berjaya mendapat dan
mengekalkan peratus kelulusan tertinggi bagi subjek-subjek profesional ACCA yang
ditawarkan. Dari segi kedudukan QS World University Ranking pula, FPN merupakan
fakulti pertama di UiTM yang telah diiktiraf pada kedudukan ke 151-200, setanding dengan
universiti tempatan ternama bagi tahun 2015 dan 2016.
Selari dengan kecemerlangan yang telah dicapai, FPN terus berkembang pesat dengan
merekodkan pencapaian yang memberangsangkan di dalam sektor pendidikan. Sebagai
contoh, program pengajian dalaman perakaunan yang baru telah ditawarkan di peringkat
sarjana disamping pertambahan bilangan pelajar FPN keseluruhannya. Selain daripada
itu, sebilangan pensyarah-pensyarah FPN telah dilantik sebagai panel jawatankuasa
dalam organisasi ternama termasuk badan profesional di Malaysia dan luar negara.
Perkembangan ini terhasil atas jalinan kerjasama berterusan oleh FPN dengan pelbagai
pihak seperti wakil industri, badan-badan profesional dan perundangan serta agensi
kerajaan. Ini selari dengan slogan FPN iaitu “Leader in Accounting Education” dan
aspirasi FPN bagi mencapai teras 3Qs seperti di Jadual P.5.
Jadual P.5: Kedudukan Kompetitif FPN
3QS KEDUDUKAN KOMPETITIF FPN BAGI MENCAPAI 3QS
Quality ● Fakulti Perakaunan terbesar di Malaysia yang menawarkan program di
Programme beberapa lokasi dan program kerjasama dengan kolej-kolej swasta.
(Program yang ● Merupakan satu-satunya Universiti Awam di Malaysia yang menawarkan
Ber kualiti) pelbagai program profesional.
o Diiktiraf ICAEW
o Diiktiraf MICPA
o Dianugerah Status Platinum oleh ACCA
o Rakan kongsi Pembelajaran CIMA (CIMA Premier Quality Partner)
● Menyediakan asas yang kukuh dari segi penawaran 12 program yang
komprehensif bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan.
● Program berasaskan pasaran, sebagai contoh: Masters in Forensic
Accounting dan Master in Strategic Management Accounting (MSMA with
CIMA).
● Liputan kandungan kurikulum yang komprehensif bagi mewujudkan laluan
mudah untuk mendapatkan kelayakan profesional antarabangsa (CIMA,
ACCA, CPA (Australia), ICAEW, MICPA) dengan pengecualian subjek
paling tinggi.
● Lantikan sebagai badan peperiksaan MIAQE bagi 4 tempoh berturut-turut.
Quality ● Penubuhan Accounting Research Institute (ARI) sebagai HiCoE oleh
Lecturers Kementerian Pendidikan Malaysia.
(Pensyarah yang ● Pengiktirafan kepakaran pensyarah-pensyarah dengan perlantikan
berkualiti) sebagai ahli oleh pelbagai badan-badan profesional (rujuk Kriteria 1:
Kepimpinan)
● Kerjasama erat dengan universiti-universiti di negara-negara ASEAN
dengan penubuhan “Asean Accounting Education Workgroup” (AAEW).
● Penubuhan IPAC (International Professional Accounting Centre) di bawah
INTEC secara sementara, untuk melatih dan melahirkan graduan
xvii

