Page 4 - Buku Program Majlis Graduasi MRSM Serting Kali Ke-27
P. 4

KATA ALU-ALUAN


    PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN MENENGAH MARA




     Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


      MRSM merupakan tapak semaian dalam
     membentuk pelajar cemerlang dan terbilang
     dalam segenap aspek kemenjadian modal insan.
     Dalam usaha untuk menterjemahkan hasrat ini
     kita tidak boleh lari dari menghadapi pelbagai
     cabaran dunia pendidikan yang semakin bersifat
     global dan kompleks. Justeru, semua pihak
     harus bekerjasama untuk memastikan objektif
     ini dapat direalisasikan dalam apa -apa jua
     keadaan.
      Walaupun kita sedang melalui situasi yang
     tidak menentu disebabkan oleh pandemik Covid
     19, perkara ini bukanlah penghalang kepada
     pendidik MARA untuk melaksanakan
     tanggungjawab membimbing pelajar mendepani
     suasana pembelajaran yang berbeza. Usaha
     berterusan ini memerlukan komitmen dan daya
     tahan semua pihak untuk memastikan sesi
     pengajaran dan pembelajaran dapat diteruskan.
      Terima kasih atas jasa dan bakti yang
     dicurahkan oleh para guru demi mendidik anak
     bangsa agar mereka menjadi insan berilmu yang
     mampu bersaing di persada antarabangsa.
     Sekalung tahniah juga diucapkan kepada semua
     pelajar yang berjaya mengharungi cabaran
     dalam menimba ilmu pengetahuan dan
     seterusnya menerima sijil graduasi pada kali ini.
     Diharapkan kejayaan ini menjadi pemangkin
     kepada kecemerlangan anda pada masa
     hadapan.


     Selamat maju jaya.
















     ABD MANAB BIN ABDUL MAJID
     PENGARAH
     BAHAGIAN PENDIDIKAN MENENGAH MARA
   1   2   3   4   5   6   7   8   9