Page 5 - Buku Program Majlis Graduasi MRSM Serting Kali Ke-27
P. 5

KATA ALU-ALUAN


     Yang Dipertua, PERSATUAN PENDIDIK DAN IBU BAPA ( PPIB )






     Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
       Alhamdulillah,  pertama-tamanya  saya  ingin  mengambil
     kesempatan  untuk  mengucapkan  berbanyak-banyak
     terima  kasih  kepada  pihak  Maktab  di  atas  peluang  yang
     telah  diberikan  kepada  saya  untuk  menitipkan  sepatah
     dua  kata  di  dalam  buku  program  sempena  Majlis
     Graduasi ke-27 ini. Sesungguhnya, tempoh lima tahun itu
     dirasakan amat cepat sekali berlalu, bermula sejak tahun
     2017  semasa  pelajar  ini  mula-mula  menjejakkan  kaki  ke
     persekolahan peringkat Menengah Rendah dan kini telah
     berada di penghuiungnya di Tingkatan 5 di Maktab ini.
       Majlis  Graduasi  ke-27  adalah  majlis  yang
     bersejarah bagi pelajar batch Janissary sebagai satu
     pengiktirafan  atas  usaha  komitmen  dan  dedikasi
     yang  telah  dicurahkan  oleh  131  orang  graduan
     MRSM  Serting  yang  mengikuti  Sistem  Pendidikan
     Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM) pada tahun
     ini. Tahniah kepada batch Janissary!
       Sesungguhnya  banyak  sekali  cabaran  yang
     terpaksa  dihadapi  oleh  batch  Janissary  terutama
     apabila terpaksa mengadaptasi sistem pembalajaran
     secara  atas  talian  apabila  dunia  di  landa  pandemik
     Covid-19  pada  tahun  2020.  Meskipun  demikian,
     saya  amat  berbangga  dan  kagum  di  atas  semangat
     dan  kekentalan  semua  dalam  mengharungi  kaedah
     pembelajaran  ini  yang  saya  percaya  bukanlah
     mudah.



      Harapan  saya  agar  kejayaan  pada  hari  ini  dapat  dijadikan  sebagai  pemangkin  kepada  kejayaan
    yang lebih gemilang pada masa hadapan. Dunia selepas SPM pastinya berbeza dan lebih kompleks
    daripada alam persekolahan. Semoga segala ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang
    diperoleh  sepanjang  tempoh  berada  di  maktab  ini  mampu  menjadi  bekalan  dalam  menghadapi
    dunia  luar  yang  begitu  mencabar.  Teruskanlah  perjuangan  untuk  SPM  anda  dengan  tekad  dan
    kejayaan yang cemerlang.
     Tahniah juga kepada semua guru yang membanting tulang memastikan anak-anak kami terdidik.
    Jasa  anda  semua  hanya  Allah  SWT  sahaja  yang  boleh  membalasnya.  Terima  kasih  dengan
    seikhlasnya dari saya mewakili semua ibu bapa buat warga MRSM Serting.








      DR. MAZLAN BIN CHE SOH
      YANG DIPERTUA
      PERSATUAN PENDIDIK DAN IBU BAPA (PPIB)
      MRSM SERTING
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10