Page 6 - Buku Program Majlis Graduasi MRSM Serting Kali Ke-27
P. 6
KATA ALU-ALUAN
PENGETUA MAKTAB RENDAH SAINS MARA SERTING
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin
dan hidayah-Nya Majlis Graduasi MRSM Serting kali
ke-27 dapat diadakan secara langsung pada tahun ini.
Syabas dan tahniah kepada anak-anak pelajar yang
berjaya menerima Sijil Graduasi MRSM 2021.
Majlis graduasi ini diadakan khusus untuk meraikan dan
memberi pengiktirafan kepada 131 putera dan puteri
tingkatan 5 2021 yang menunjukkan prestasi
cemerlang semasa Peperiksaan SPMRSM yang lalu dan
pencapaian sepanjang berada di MRSM sama ada dalam
bidang akademik, perkembangan sahsiah terpuji dan
pembangunan bakat. Majlis ini juga sebagai perangsang
untuk mencapai kejayaan dalam segala bidang yang
akan diceburi, malah diharapkan mengukir kenangan
manis dalam lipatan sejarah para graduan.
Semoga majlis ini juga dapat membuatkan anakanda
putera dan puteri tidak melupakan jasa dan
pengorbanan yang telah dicurahkan oleh barisan
pendidik. Teruslah berusaha setinggi harapan agar putera
puteri sekalian dapat menjadi aset berharga kepada
agama, bangsa dan negara. Semangat perjuangan yang
utuh dan kekuatan iman perlu diperkukuh bagi
membolehkan para graduan meneruskan perjalanan
dengan penuh yakin dan tabah.Kami semua
mendoakan kejayaan dan kesejahteraan anda semua.
Kepada para graduan sekalian, saya dan seluruh warga
maktab sentiasa mendoakan agar anda semua dapat
menjejakkan kaki ke menara gading dan seterusnya
mencapai impian anda dalam bidang akademik dan
kerjaya. Insya-Allah.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para pendidik dan ibu bapa yang
memainkan besar dalam memastikan kejayaan para graduan hari ini. Tidak lupa juga, tahniah
dan terima kasih kepada barisan Jawatankuasa Majlis Graduasi MRSM Serting kali ke-27 yang
bertungkus lumus menjayakan majlis pada hari ini.
TN HAJI MOHAMAD HANIF BIN HAMALI
PENGETUA
MAKTAB RENDAH SAINS MARA SERTING
NEGERI SEMBILAN

