Page 62 - PELAN ANTIRASUAH FELDA 2020-2024
P. 62
PELAN ANTIRASUAH FELDA 2020-2024
Isu Ketidakhadiran Sering Gagal Dikawal Selia Ketua Jabatan
Salah satu tanggungjawab penting ketua jabatan yang sering dipandang remeh dan diabaikan
ialah untuk memastikan pematuhan Surat Pekeliling Am Bilangan 11 Tahun 1981 berkaitan Sistem
Penggunaan Perakam Waktu di pejabat masing-masing.
Di antara kesalahan dikenalpasti di atas kegagalan ketua jabatan ialah tiada penyeliaan dibuat ke atas
petugas yang gagal mengetip atau merakam Kad Perakam Waktu masa datang atau balik kerja, tiada
laporan bulanan disediakan, membiarkan petugas memegang kad perakam waktu, tidak memberi
surat tunjuk sebab kepada petugas yang datang lewat atau tidak merakam kad perakam waktu lebih
tiga kali sebulan, membiarkan kad perakam waktu tidak bertandatangan oleh pegawai atasan bagi
kes kelewatan, tidak merakam kad perakam waktu atau meminta pegawai lain merakam kad perakam
waktu dan tidak menukarkan kad perakam waktu kepada warna hijau atau merah setelah pegawai
melakukan pelanggaran peraturan tersebut. Ketua Jabatan juga telah gagal melaporkan kepada
Urus Setia Tatatertib, Unit Integriti FELDA bagi kes-kes ketidakhadiran atau kelewatan datang tugas
berulang kali walaupun ketua Jabatan tidak berpuashati dengan penjelasan petugas berkenaan.
Sebagaimana peruntukan Peraturan 21(1)(2) Jadual kedua, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib
Dan Surcaj) 2000 dengan jelas meletakkan tugas dan tanggungjawab Ketua Jabatan dalam
menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya.
Perlu diingatkan bahawa integriti seseorang ketua jabatan sudah pasti akan dipertikaikan dan
diperlekehkan oleh pegawai bawahannya jika mereka tidak bertegas dan bersungguh-sungguh dalam
mematuhi dan menguatkuasa peraturan itu. Sehubungan dengan itu, semua ketua jabatan perlu
memandang serius bahawa mereka tidak boleh melepaskan diri dari tanggungjawab ini dan meletakkan
tugas ini kepada pegawai bawahan tertentu sahaja untuk menjalankan tugas kawalan dalaman ini.
50 FELDA ANTI-CORRUPTION PLAN (FACP) 2020–2024

