Page 107 - MySG Sekolah Menengah KPM
P. 107

99






                            TUGAS UTAMA (KHUSUS)            adalah seperti berikut:






               (A)  PENGURUSAN PENTADBIRAN
                     1.    Membantu GPK Sukan merancang pengurusan data dan maklumat di sekolah.
                     2.    Melaksanakan tugas sebagai jurulatih sukan spesifik (rujuk senarai tugas jurulatih
                           SSM).
                     3.    Melaksanakan tugas sebagai JK Kerja Pembangunan Sukan Sekolah/Majlis Sukan
                           Sekolah.
                     4.    Merancang,  mengurus  dan  mempengerusikan  mesyuarat  sub  unit  dalam  bidang
                           Kesetiausahaan Sukan.
                     5.    Menyelaraskan dan mengumpulkan maklumat daripada semua Jurulatih berkenaan

                           Anggaran Belanja Mengurus 0S42000, 0S21000, 0S29000 dalam negara dan luar
                           negara  bagi  setiap  program  tahunan  yang  dirancang  untuk  meningkatkan  kualiti
                           pencapaian program pembangunan sukan sekolah.
                     6.    Menyelaraskan,  mengumpulkan  maklumat  dan  menyemak  kertas  berkenaan
                           perancangan  penganjuran  kejohanan  sukan  di  dalam  negara  dan  penyertaan
                           kejohanan di luar negara.
                     7.    Membina jaringan kerjasama bersama MSN, MOM, ISN, PSK, Majlis Sukan Negeri,
                           Persatuan Sukan Negeri, badan korporat, agensi badan kerajaan dan agensi luar
                           yang berkaitan dengan pembangunan sukan.

                     8.    Melaksana tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentabir dari semasa ke semasa.
                     9.    Merancang dan menyemak kertas kerja pengelolaan dalam negara dan penyertaan
                           pasukan  ke  luar  negara  dapat  disediakan  dengan  lengkap  sebelum  dihantar  ke
                           Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian.
                     10.  Menyelaraskan dan memantau sub unit dalam bidang Kesetiausahaan Sukan iaitu
                           Unit Data dan Maklumat, Unit Pengurusan Atlet Murid dan Unit Dokumentasi.

                     11.  Menyemak dan memperaku fail penyelaras sukan (JM03) tiga (3) kali setahun.
                     12.  Menyelaraskan dan mengumpul laporan berkaitan stor, stok dan aset sukan sekolah.

               (B)  PENGURUSAN JURULATIH
                     1.    Menyelaraskan,     mengumpul      dan     menyemak      dokumentasi      daripada
                           penyelaras/jurulatih  sukan.  Contoh:  laporan  kejohanan  atau  pertandingan  dalam
                           tempoh  satu  (1)  hari  lisan,  tiga  (3)  hari  deraf  dan  tujuh  (7)  hari  laporan  lengkap
                           selepas kejohanan/pertandingan.
                     2.    Memantau dan mencerap program latihan jurulatih sekurang-kurangnya tiga (3) kali

                           setahun ketika sesi latihan.
   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112