Page 111 - MySG Sekolah Menengah KPM
P. 111

103





                                                       2.1.2


                         KATEGORI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)




                                         HM15 | Guru Penyelaras Bestari

                      RUJUKAN
                i      Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 3/2005: Penyelarasan Waktu Mengajar bagi Guru Penyelaras
                       Bestari serta Guru Perpustakaan dan Media Sekolah (Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah).
                ii.    Modul Mengoptimum Peranan Guru Penyelaras Bestari dan Guru Penyelaras ICT, Bahagian Teknologi
                       Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
                iii.   Surat Pekeliling ICT KPM Bilangan 1 Tahun 2018: Garis Panduan Tatacara Permohonan Kelulusan
                       Teknikal Inisiatif Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Kementerian Pendidikan Malaysia.

                                 TUGAS UTAMA (UMUM)

               1.    Mengendalikan  PdP mata  pelajaran yang  ditetapkan  antara  enam (6)  hingga  lapan  (8)
                     waktu seminggu bagi jadual 40 minit satu (1) waktu ATAU lapan (8) hingga sebelas (11)

                     waktu seminggu bagi jadual 30 minit satu (1) waktu.
               2.    Memahami,  menghayati    dan  mengamalkan  kehendak  sukatan  pelajaran  dan
                     melaksanakan pentaksiran PdP dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
               3.    Bertanggungjawab terhadap pembangunan sahsiah dan disiplin murid.
               4.    Menjadi guru penasihat kepada aktiviti kokurikulum.
               5.    PGB  boleh  melantik  Guru  Penyelaras  Bestari  memegang  portfolio  tanpa  jawatan  dan
                     menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa sekiranya ada keperluan.
               6.    Guru-guru boleh ditugaskan secara bergilir mengawas kelakuan dan keselamatan murid

                     apabila  ada  aktiviti  di  luar  sekolah  seperti  di  masjid,  kompleks  sukan,  tempat-tempat
                     lawatan dan sebagainya.
               7.    Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.


                                TUGAS UTAMA (KHUSUS)                     adalah seperti berikut:

               (A)  PENGURUSAN ICT SEKOLAH
                     1.    Merancang dan menyelaraskan program bimbingan pengintegrasian teknologi dalam

                           pengajaran dengan kerjasama guru cemerlang di sekolah.
   106   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116