Page 108 - MySG Sekolah Menengah KPM
P. 108

100






                     3.    Memantau dan membimbing bersama jurulatih sukan berkaitan dalam perlaksanaan
                           program latihan.
                     4.    Menyelaraskan, mengumpul dan memastikan pencalonan kemasukan atlet murid ke
                           SSM mengikut format SPASSM.

                     5.    Memantau dan menyemak pergerakan jurulatih sukan terutamanya sesi latihan serta
                           ketika menyertai kejohanan dalam negara dan luar negara.
                     6.    Menyedia  laporan  kehadiran  jurulatih  sukan  dengan  bantuan  Ketua  Bidang
                           Kejurulatihan Sukan.

               (C)  PENGURUSAN ATLET
                     1.    Menyemak dan memperakukan Buku Log Atlet Murid sekurang-kurangnya satu (1)
                           kali setahun.
                     2.    Menyelia,  mengurus  dan  mengumpul  dokumen  pelepasan  atlet  murid  (surat

                           pelepasan, memo dalaman dan surat kebenaran ibu bapa/penjaga) untuk menyertai
                           program sukan atau sebarang aktiviti yang berkaitan dengan sukan.
                     3.    Menyelaraskan  dan  mengurus  penyimpanan  maklumat  atlet  murid  dalam  sistem
                           Aplikasi Atlet dan Jurulatih Sukan Prestasi Tinggi Sekolah KPM (i-Spts) dikendalikan
                           dengan lengkap dan dikemaskini.
                     4.    Merancang,  menyelaraskan  dan  mengurus  pencapaian  atlet  murid  melalui
                           dokumentasi  dan  gambar.  Contoh,  pkanapan  kenyataan  sukan  dan  blog  sukan

                           sekolah.
                     5.    Merancang,  menyelaraskan  dan  mengurus  senarai  pendek  pencalonan  Majlis
                           Anugerah Gemilang (MAG) dan Anugerah KPM-MSSM-MILO.
                     6.    Menyelaraskan  majlis  dialog  prestasi  atlet  murid  dua  (2)  kali  setahun  dan
                           menyediakan laporan majlis berkenaan.
                     7.    Menyemak  laporan  prestasi  atlet  yang  disediakan  oleh  jurulatih  untuk  proses
                           pertukaran sekolah sebelum diuruskan oleh GPK HEM.
                     8.    Menyemak dan memastikan prosedur berkaitan dengan pelibatan dan penyertaan
                           atlet murid mengikut surat pekeliling dan surat siaran yang berkuat kuasa semasa.
   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112   113