Page 46 - PowerPoint Presentation
P. 46
Rumusan
Berdasarkan dapatan melalui analisis yang telah dilaksanakan, Kumpulan SLT mahupun pentadbir SK Bandar Tenggara 1, akan menyokong
sebarang bentuk program atau bengkel yang dapat meningkatkan kualiti serta pengetahuan guru-guru SK Bandar Tenggara 1 agar aspirasi TS25
ini dapat direalisasikan.
Oleh itu, pihak pentadbir amat komited untuk membimbing dan melahirkan guru-guru yang kreatif, inovatif serta selari dengan
perkembangan PAK-21 bagi melahirkan modal insan yang kompetetif dan versatile. Oleh itu, Analisis ini sekaligus memberi gambaran kepada
pihak pentadbir tentang kesediaan guru-guru ini bagi menghadapi gelombang Pendidikan yang sentiasa berubah-ubah dalam memartabatkan
sistem Pendidikan di Malaysia amnya. Usaha ini diharap dapat memberi impak positif kepada Kementerian Pendidikan Malaysia bahkan kepada
pihak sekolahnya khususnya dalam memacu Pendidikan yang berketerampilan.
Pihak Pentadbir SK Bandar Tenggara 1 sangat percaya iaitu dengan melalui kesungguhan, kebersamaan dan toleransi serta peluang
yang diberi mampu membentuk satu organisasi pengurusan yang mampan dalam kalangan guru-guru agar komited untuk terus melaksanakan
Pembelajaran Abad ke-21.

