Page 89 - Pendidikan Moral Tingkatan 5 KSSM
P. 89

Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa amalan integriti dalam pembangunan negara
               merupakan elemen penting yang dapat menaikkan imej negara. Namun demikian, pengabaian
               terhadap amalan integriti boleh memberikan kesan kepada pembangunan negara. Yang
               berikut ialah implikasi perbuatan yang tidak berintegriti kepada pembangunan negara:
                                                                                                          6



                                          Kadar                      Ketenteraman
                                      jenayah dan                          dan
                                      gejala sosial                   keharmonian
                                       meningkat                         negara
                                                                        tergugat









                                                                                            Berlaku
               Imej negara                                                               ketidakadilan
                  terjejas                 IMPLIKASI PERBUATAN                           sosial dalam
                                        YANG TIDAK BERINTEGRITI                             negara
                                          KEPADA PEMBANGUNAN
                                                     NEGARA


                                                                                            Pelabur
               Wujud jurang                                                               asing hilang
                  ekonomi                                                                kepercayaan
                                                                                           terhadap
                                                                                            negara




                                   Campur tangan
              Pembangunan
               dan ekonomi            pihak luar                      Kegiatan            Pergolakan
                  negara               dalam                           rasuah                politik
                  terjejas          pentadbiran                      berleluasa
                                       negara





                   Budaya integriti yang bermula dalam diri, keluarga dan organisasi menjadi tunjang
               kepada  pembangunan  negara.  Setiap  individu  perlu  menghayati  dan  mengamalkan  nilai
               kejujuran, harga diri, patriotisme dan rasional demi pembangunan negara. Pengamalan nilai
               ini akan melahirkan rasa bangga dan bersyukur sebagai rakyat Malaysia yang hidup dalam
               suasana aman dan harmoni.




                                                                                                     79
   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94