Page 92 - Pendidikan Moral Tingkatan 5 KSSM
P. 92

A  Secara berkumpulan, laksanakan aktiviti Sumbang Saran (Brainstorming) tentang
       6          amalan  integriti  dalam  pembangunan  negara  yang  patut  dipraktikkan  dalam

                  situasi di bawah.
                                                 Situasi 1
                                                 Kenaikan harga barang sering berlaku pada
                                                 musim perayaan. Hal ini berlaku apabila
                                                 terdapat segelintir peniaga yang mementingkan
                                                 keuntungan semata-mata dengan menaikkan
                                                 harga barangan tanpa kawalan.




                                                  Situasi 2

                  Pelupusan sisa pepejal seperti pembuangan
                    sampah haram yang berleluasa dan sikap
                   membuang sampah di merata-rata tempat
                     sudah menjadi isu dalam usaha menjaga
                 alam sekitar. Setiap individu perlu memainkan
                 peranan dalam menyelesaikan isu ini. Walau
                  bagaimanapun, masih ada pihak yang tidak
                      melaksanakan tanggungjawab mereka.




                                                    Situasi 3
                                                    Penyakit kuku dan mulut merupakan suatu penyakit
                                                    serius yang menjangkiti haiwan berkuku seperti
                                                    lembu, kerbau dan biri-biri. Hal ini terjadi kerana
                                                    haiwan yang telah dijangkiti tidak dikuarantin
                                                    terlebih dahulu dan tidak menerima sebarang
                                                    suntikan. Penyakit ini amat sukar dikawal, malah
                                                    wabak ini boleh menyebabkan kerugian besar
                                                    kepada penternak.





                    Bagaimanakah integriti memainkan                 Jelaskan nilai universal
                    peranan dalam menyeimbangkan                      yang perlu diamalkan
                    pembangunan negara dengan kelestarian
                    alam sekitar? Berikan komen anda.                 dalam setiap situasi.



             82
   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97