Page 155 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 1
P. 155
Sebarkan Maklumat, Semua Harus Tahu
Apakah tindakan yang perlu anda lakukan untuk menyampaikan maklumat kepada
keluarga dan warga sekolah?
Langkah 1
Kumpulkan maklumat daripada pelbagai sumber seperti
Internet, surat khabar, majalah dan risalah berkaitan bahaya
dan kemahiran mengelakkan diri daripada pengaruh rokok,
alkohol dan dadah.
Langkah 2
Gunting maklumat yang terdapat dalam bahan
bercetak. Tampal maklumat tersebut dalam buku
skrap mengikut kreativiti masing-masing.
PEERS
Langkah 3
Bahan yang telah anda sediakan boleh juga dimuat naik
1
dalam media sosial. Murid boleh menggunakan makmal
komputer sekolah untuk menyebar luas maklumat ini.
146
3.1.4

