Page 61 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 1
P. 61

4.1  BOLA TAMPAR





                              Standard Kandungan




                         Melakukan kemahiran asas bola tampar dengan
                         lakuan yang betul.



                         Menggunakan pengetahuan konsep pergerakan dan
                         mekanik dalam kemahiran asas bola tampar.



                         Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa
                         melakukan aktiviti fizikal.



                         Berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa melakukan
                         aktiviti fizikal.



                         Membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan
                         semasa melakukan aktiviti fizikal.



                 Bola tampar adalah sejenis permainan kategori jaring yang dimainkan oleh dua pasukan
                 dengan enam orang pemain bagi setiap  pasukan.  Setiap  pasukan akan  berusaha
                 mendapatkan mata dengan mematikan  bola ke dalam gelanggang  lawan.  Mata juga
                 diperoleh jika pihak lawan melakukan kesalahan mengikut peraturan permainan ataupun
                 memukul  bola keluar dari gelanggang.  Permainan dimulakan dengan  seorang  pemain
                 melakukan  servis  dari  luar garisan  belakang.  Pasukan  yang menerima  servis boleh
                 memainkan bola dengan menggunakan mana-mana bahagian badan dan akan membuat
                 percubaan untuk mengembalikan bola ke gelanggang lawan. Setiap pasukan dibenarkan
                 melakukan tidak lebih daripada tiga sentuhan bola untuk membuat hantaran. Seorang
                 pemain tidak boleh menyentuh bola dua kali berturut-turut. Pasukan yang memperoleh
                 mata akan  melakukan servis seterusnya.  Permainan  diteruskan sehingga  salah satu
                 pasukan  memperoleh  25  mata  dengan  perbezaan  dua  mata.  Salah  satu  keistimewaan
                 tentang permainan bola tampar adalah rotasi pemain apabila servis bertukar pasukan.
                 Bolehkah anda menerangkan bagaimana rotasi pemain dilakukan?







                52
   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66