Page 63 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 1
P. 63
Juara Sangga
Kemahiran menyangga ialah kemahiran paling penting dalam permainan bola
tampar. Semasa menyangga, mata hendaklah berfokus kepada bola dengan
kedua-dua tangan dirapatkan dan lutut difleksikan untuk menerima bola daripada
pihak lawan. Seorang pemain perlu bergerak pantas ke posisi yang sesuai untuk
melakukan kemahiran menyangga. Apabila bola kena pada bahagian lengan,
lutut dan siku diekstensikan untuk menghantar bola kepada rakan sepasukan.
Ketinggian bola yang baik akan membolehkan rakan sepasukan melakukan
kemahiran umpanan atau rejaman.
Cara
Bermain Apakah yang harus
anda lakukan untuk
memindahkan daya
• Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil. semasa menyangga?
• Pemain di kawasan X akan melakukan servis
RALI
Cara
dari mana-mana tempat di bahagian belakang
Bermain
MENGUMPAN
garisan servis.
• Pasukan di kawasan Y akan menyangga bola tidak
Kategori Jaring
melebihi tiga kali. Pada sanggaan ketiga, bola 4
mesti melepasi jaring ke bahagian gelanggang
SERANG
4
Cara
pasukan X. KAPAL
Bermain
• Jika servis tidak berjaya, pasukan Y akan mendapat
satu mata. SELAM Garisan Servis 5 3
• Pasukan Y akan mendapat satu mata jika berjaya
mengembalikan bola selepas sekali menyangga.
REJAMAN
2 mata akan diberikan jika bola dikembalikan
Cara
Bermain
selepas dua kali menyangga. 3 mata diberikan 6
HEBAT
selepas tiga kali menyangga.
• Jika pasukan Y tidak berjaya mengembalikan
bola atau menyentuh bola melebihi tiga kali, 2
pasukan X akan mendapat 1 mata dan peluang 1
JANGAN
Cara
untuk melakukan servis.
Bermain
MASUK
Kawasan X
Nadi Ilmu
Kemahiran menyangga boleh digunakan dalam pelbagai situasi. Selain membuat hantaran
kepada rakan untuk melakukan kemahiran mengumpan, kemahiran menyangga boleh
digunakan untuk menerima servis, menerima bola rejaman yang terlepas dari adangan
rakan, membuat umpanan dan mengambil bola yang dipukul ke luar gelanggang oleh rakan
sepasukan. Apabila bola berada jauh daripada badan di bahagian kiri atau kanan, kemahiran
menyangga dengan satu tangan boleh digunakan.
54

